"Saya melamar, dia kata ya. Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan. Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan. P/s : Melamar di atas Gunung Kinabalu masa hujan lebat 😬."
Demikian tulis Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menerusi perkongsian video di media sosial miliknya, sekaligus mengesahkan hubungan istimewa yang terjalin antaranya dengan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah yang sebelum menjadi tanda tanya.
Dalam perkongsian itu, pasangan ini dikhabarkan bakal melangsungkan majlis pertunangan hari ini di sebuah lokasi di Kuala Lumpur selepas Bella menerima lamaran Syed Saddiq ketika mereka melakukan misi mendaki Gunung Kinabalu di Sabah sebelum ini.
Klik untuk gambar besar
Bukan itu sahaja, malah Syed Saddiq juga mengimbas kembali hubungan dia dan Bella yang bermula atas dasar kerja sehingga terbit rasa cinta.
"Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment