"Kalau saya cakap saya tidak semewah apa yang ditulis dalam 'headline' orang tidak percaya. Saya pernah berniaga durian, berniaga cempedak goreng sendiri.
"Kalau nak katakan cerita viral itu, pihak berkuasa ambil saya, saya buat perkara itu, saya (akan) berpuas hati bila guna duit itu.
"Mas@lahnya, kehidupan yang aku hadap, dengan apa yang dengan 'headline' tidak sama, nak makan pun serba ada saja."
Itulah jelas pelakon Azar Azmi yang tampil menafikan dakwaan menjalani kehidupan mewah seperti digambarkan, malah pernah menjual durian serta berniaga untuk kelangsungan hidup.
Dalam pada itu, Azar mengakui, dia terkejut apabila ditah@n polis bulan lalu tanpa mengetahui perkara sebenar, malah enam bulan sebelum itu dia tidak mempunyai telefon bimbit dan terputus hubungan dengan dunia luar.
"Saya tak tahu langsung perkara itu, tiba-tiba pihak berkuasa datang dan ambil kami. Saya terkejut. Enam bulan sebelum itu saya tiada telefon, jadi terputus hubungan dengan apa-apa cerita di luar.
"Saya dir£man serta dis0al sias@t mengikut segala pros£dur dan tiada yang terkecuali. Saya dah di sini pun, ada juga individu yang tidak berpuas hati, macam mana kau boleh keluar, macam mana kau boleh lepas. Biasalah mulut orang ini kita tidak boleh nak tutup," katanya.
Sementara itu, Azar memberitahu, sebab kenapa dia menyepi dari industri seni selama tujuh tahun adalah kerana mahu menghormati permintaan keluarga mentua, selain dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk berhenti berlakon.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment