"Mengenai ibu dan anak ini, ia agak s£nsitif sikit. Saya rasa mas@lah yang Ayu dan Nourul hadapi ini adalah mungkin sebab mereka berdua ini perangai sama. Sana s£nsitif dan sini pun s£nsitif. Jadi, tiada yang sal@h pun pada saya. Kita doakan sahaja."
Demikian ujar penyanyi dan komposer, Ajai, 52, di mana dia menyifatkan pers£lisihan faham yang terjadi antara bekas isterinya, penyanyi Nourul Depp dan anak sulung mereka, Ayu Nazirah sebagai satu perkara yang agak s£nsitif untuk diulas secara mendalam.
Dalam pada itu, Ajai atau nama sebenarnya, Mohamad Faizal Maas, berpendapat k0nflik yang berlaku berkemungkinan berpunca daripada persamaan karakter dua beranak itu.
Ulasnya lagi, sebagai seorang bapa, dia sudah menjalankan tanggungjawab memberikan nasihat dan memujuk Ayu agar melembutkan hati bagi menjernihkan semula hubungan mereka.
Klik untuk gambar besar
"Saya memang selalu jumpa Ayu, tapi kurang bertanya sikit mengenai perkara-perkara ini. Tetapi saya selalu bercakap tentang kebaikan seorang ibu kepadanya," tuturnya.
Disamping itu, Ajai berkata, dia yakin bahawa ikatan hubungan antara ibu dan anak tidak akan terputus serta berharap agar ia dapat dijernihkan semula.
"Saya rasa Insya-Allah bila tepat waktunya, doa untuk berbaik itu akan menjadi. Mereka akan terbuka hati semula. Gaduh ini semuanya sebab sayang," ujarnya.
Sebelum ini, menerusi satu p0dcast, Nourul telah mendedahkan hubungannya bersama Ayu masih belum menemui jalan penyelesaian. Jelas Nourul atau Noorulhuda Abdul Wahab, 49, k0nflik tersebut bukan berpunca daripada dirinya, tetapi dip£ngaruhi oleh pihak ketiga.
Untuk makluman, Ayu merupakan cahaya mata hasil perkongsian hidup Ajai bersama Nourul sebelum pasangan itu sah bercerai pada Februari 2007.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment