"Selamat Pengantin Baru Khairul 💜 Ina Naim. Moga-moga Allah merahmati keluarga you all 🤲🏻"
Itulah tulis penyanyi Mawi menerusi media sosial miliknya, di mana dia turut menyertakan tanda pagar 'Baru Dapat Wish' dan 'Selamat Pengantin Baru'.
Dalam perkongsian gambar itu, Mawi bersama suami baharu Ina iaitu Mohd Khairul Rizal Shukor yang dinikahinya pada November 2024 dan anak sulungnya, Ehmad Hadie Elfardie Mohd Suhaim atau Hadie.
Perkongsian Mawi itu telah menarik perhatian apabila ramai pengikut memuji bekas juara program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) kerana bersikap profesional.
Malah, ada juga netizen yang mengagak itu adalah pertemuan pertama Mawi bersama Ina selepas ikatan pertunangan mereka terlerai pada 2006.
Selain itu, beberapa peminat turut mencadangkan agar Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, berduet dengan anak sulung Ina iaitu Hadie.
Selepas putus tunang, Ina atau Nor Diana Mohd Naim, memilih penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad sebagai pasangan hidup pada 2007 dan mempunyai empat orang anak.
Manakala Mawi pula, dia berkahwin dengan Ekin Rahmat pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment