19 April 2026

ANUGERAH JUARA LAGU KE-40 - 'LEMAH' (DAYANG NURFAIZAH), 'TANGISAN SEORANG PEND0SA' (MARSHA MILAN), 'NURCINTA' (AMIR MASDI) & 'KAMU' (AINA ABDUL) ANTARA YANG LAYAK



Pentas separuh akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-40 telah menutup tirainya dengan mengumumkan 10 lagu yang layak meneruskan saingan ke pentas akhir nanti.

Antara lagu yang layak ke pentas akhir AJL40 adalah lagu 'Lemah' nyanyian Dayang Nurfaizah, 'Tangisan Seorang Pend0sa' (Marsha Milan), 'Nurcinta' (Amir Masdi), dan 'Kamu' (Aina Abdul).

Selain itu, Hazama (Semacam Pandora), Aisha Retno (Tak Adil), Ryenald Guntabid (Lumangad Oku Dika) serta Luca Sickta, Kmy Kmo dan Salammusik (Ke Mana Ni) turut bersaing untuk AJL40.

Klik untuk gambar besar

Bukan itu sahaja, malah penyanyi Wani Kayrie juga layak ke pentas AJL buat pertama kali menerusi lagu 'Cak Cak Cekuk', selain lagu 'Tiwikarma' nyanyian kumpulan K.O.I yang turut tersenarai.

Barisan juri SFMM40 diketuai oleh Datuk Acis, Efry Arwis, AD Samad, Siti Hajar dan LY.

SFMM40 bersiaran secara langsung selama dua hari berturut-turut bermula 17 April dan 18 di TV3 dan Tonton.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: