"Apa yang boleh saya nyatakan di sini bahawa adik saya telah dibenarkan keluar dari hospital dan kini sedang berehat di rumahnya.
"Perkembangan p0sitif ini amat mengembirakan kami ahli keluarga dan seluruh peminatnya. Kami berharap agar beliau beransur pulih."
Itulah tulis abang kepada pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias iaitu Datuk Mohd Najmuddin Elias menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.
Dalam perkongsiannya, Najmuddin memaklumkan, adiknya itu sudah dibenarkan keluar dari hospital selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) baru-baru ini dan kini sedang berehat di kediamannya.
Najmuddin bagaimanapun menjelaskan, Ustaz Kazim masih memerlukan rawatan berterusan berikutan terdapat k0mplikasi kesihatan yang lain.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, bagi membolehkan proses pemulihan berjalan lancar, Najmuddin telah meminta orang ramai agar tidak menziarahi beliau buat masa ini.
"Buat masa sekarang hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan menziarahi," tuturnya yang turut menzahirkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada barisan doktor serta kakitangan Hospital Pakar KPJ Ipoh, selain seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan adiknya itu.
Sebelum ini, Ustaz Kazim dilaporkan dimasukkan ke ICU di sebuah hospital untuk menerima rawatan memasang belon pada saluran dar@h beberapa hari yang lalu.
Perkara berkenaan dikongsikan di Facebook beliau dengan hantaran klip video yang memohon doa daripada orang ramai, selain memaklumkan pendakwah itu berada dalam keadaan stabil.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment