11 April 2026

KEM£LUT KELUARGA - ANAK BETTY BANAFE LUAH RASA PENAT : "SAYA TAK MAHU BAPA YANG T0KSIK... SAYA HANYA MAHUKAN KETENANGAN & HARMONI SEPERTI KELUARGA LAIN"



"Daddy, kalau awak melihat ini, tolong... saya tak mahu bapa yang t0ksik. Apa pun, awak tetap bapa saya. Saya hanya mahukan keamanan."

Demikian kata anak kepada pelakon Betty Banafe iaitu Julia Claire Dargus, 13, di mana dia meluahkan rasa penat berdepan kem£lut berpanjangan membabitkan ibu bapanya.

Julia yang berkongsi luahannya itu menerusi satu video yang dimuat naik di akaun media sosial miliknya sejak semalam, mengimpikan kehidupan yang tenang dan harmoni seperti keluarga lain.

Menerusi video itu, anak sulung daripada dua beradik ini turut memohon bapanya agar tidak bersikap t0ksik terhadap dirinya, selain menjelaskan tindakannya bukan bertujuan bersikap kurang ajar, sebaliknya mempertahankan diri.

Klik untuk gambar besar

"Berkenaan video perg@duhan yang dikongsikan ibu, saya cuma nak beritahu saya tidak bersikap kurang ajar. Saya dah penat... dah bertahun-tahun, tapi mas@lah ini masih belum selesai.

"Saya hanya mahukan ketenangan dan harmoni seperti keluarga lain," tuturnya yang turut meluahkan rasa syukur kerana mempunyai ibu yang sentiasa menyokong dan berada di sisinya.

Terdahulu, video dimuat naik Betty yang memaparkan kehadiran bekas suaminya bersama ahli keluarga mentua, peguam dan polis untuk mengambil anak-anak menjadi tular.
Situasi itu menjadi perhatian apabila kedua-dua anak mereka dilaporkan enggan mengikut bapa.

Sejak berpisah lapan tahun lalu, Betty mengakui letih berdepan tindakan undang-undang yang difailkan bekas suaminya sehingga mengg@nggu ketenangan hidup.

Betty dan bekas suaminya itu mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012, sebelum bercerai pada 10 Julai 2019.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: