11 April 2026

SP£KULASI RUMAH TANGGA DENGAN JULIA FARHANA - DR CHE HAFIZ TAMPIL BUKA MULUT : "ITU LUMRAH KEHIDUPAN"



"Saya pun tak pasti sebenarnya macam mana boleh timbul sp£kulasi. Saya dengan Julia baik-baik saja. Biasalah dalam rumah tangga mesti ada pasang surutnya.

"Rumah tangga mana saja tak ada ujian. Cuma apa yang saya boleh katakan kami baik sahaja. Saya minta semua doakan yang baik-baik."

Itulah ujar suami kepada pelakon Julia Farhana iaitu Dr Che Hafiz atau nama sebenarnya, Che Muhammad Che Baharum, 32, di mana dia tampil membuka mulut menjawab kemelut rumah tangga mereka yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

T£gas Dr Che Hafiz, hubungannya dengan isteri masih berada dalam keadaan baik, selain menafikan dakwaan mereka tidak beraya bersama tahun ini kerana Aidilfitri tetap disambut seperti biasa.

"Kami ada saja beraya, cuma tak kongsi gambar. Saya tak nak komen lebih-lebih. Biasalah bila timbul spekulasi, kita perlukan masa untuk bertenang. Tapi pada masa sama kita tak boleh tutup pandangan masyarakat.

Klik untuk gambar besar

"Itu lumrah kehidupan. Bila berlaku sesuatu pasti ada benda yang timbul. Saya nak puaskan hati semua orang pun tak mampu.

"Apa yang saya boleh simpulkan, kami baik-baik saja," jelasnya yang turut memilih untuk melihat perkara tersebut daripada sudut p0sitif ketika berdepan dengan isu berkenaan.

"Walau apa saja kita buat ada kebaikan dan keburukannya. Kalau nak cakap saya gelak, nanti nampak macam mer£mehkan pula.

"Jadi kita pandang perkara itu secara p0sitif. Kalau saya tak muat naik gambar dengan mak saya pun, orang boleh cakap mak saya meninggal dunia," katanya.
Sebelum ini, dunia hiburan k£coh apabila Julia dan Dr Che Hafiz dilihat tidak berkongsi foto bersama pada hari pertama Syawal, sekali gus menc£tuskan pelbagai sp£kulasi dalam kalangan netizen.

Bukan itu sahaja, malah pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2022 itu juga didakwa sudah tidak lagi saling mengikuti akaun media sosial masing-masing.

Untuk makluman, sebelum bernikah dengan Julia, Dr Che Hafiz pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi Lufya Omar pada 26 November 2016 sebelum bercerai pada 17 Jun 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Laana Haura yang kini berusia tujuh tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: