"Apa yang berlaku sekarang sayang menyedihkan. Anak-anak saya dit£kan, dipaksa sehingga mereka menanggung tr@uma dan tek@nan yang berat. Cukuplah, saya rayu permudahkan urusan ini. Saya hanya mahukan kedamaian buat Julia dan Dean."
Demikian jelas pelakon Betty Banafe, 47, di mana dia meluahkan rasa k£sal apabila isu hak penjagaan anak masih lagi berlarutan meskipun sudah tujuh tahun bercerai dengan bekas suaminya, Bruce Dargus.
Kata Betty atau nama sebenarnya, Betty Ibtisam Abu Bakar Banafee, apa yang lebih mengec£wakan baginya bila perkara tersebut turut memberi kesan kepada dua anaknya iaitu Julia Claire Dargus, 13, dan Bruce Dean Dargus, 10.
Betty meluahkan perkara itu menerusi satu hantaran di media sosial selepas tular video memperlihatkan tentang k0nflik mer£but hak penjagaan anak melibatkan dirinya dan juga keluarga bekas suami.
Dalam masa sama, Betty turut men£gaskan, dia tidak pernah menghalang bekas suami untuk mendapatkan hak lawatan terhadap anak-anak mereka.
Klik untuk gambar besar
"Hinggakan saya keluar dari rumah kediaman di Damansara berpindah rumah ke Ampang kerana berfikir untuk membesarkan anak-anak bersama datuk nenek sementara bekas suami di luar negera," ujarnya.
Ulas Betty lagi, apabila anak-anak itu genap usia 18 tahun, dia memberi kebebasan penuh untuk anak-anak memilih jika mereka mahu terus tinggal bersama bapa mereka di luar negara.
"Tanggungjawab saya sebagai ibu adalah mendidik anak ke jalan Allah, dan itu yang saya buat. Apabila anak itu cukup umur 18 tahun, ambillah mereka ke negara luar.
"Sekurang-kurangnya asas tentang agama kuat. Boleh fikir baik dan buruk dengan cara berfikir yang bijak dan berlandaskan agama. Kalau terp£song pun insya-Allah mereka akan kembali ke pangkal jalan," luahnya.
Sebelum ini, tular video memaparkan bekas suami bersama keluarga dipercayai ibu bapa mentua hadir ke kediaman Betty untuk mengambil anaknya.
Betty dilihat memanggil kedua-dua anaknya berada di luar rumah untuk mendengar sendiri pengakuan mereka sama ada memilih antara dia dan bekas suaminya.
Apabila ditanya, anak perempuan mereka menjawab dengan ringkas apabila dia enggan keluar mengikut keluarga bapanya.
Untuk makluman, Betty mendirikan rumah tangga dengan Bruce Dargus pada 8 Disember 2012 sebelum bercerai pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus, 13, dan Bruce Dean Dargus, 10.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment