11 April 2026

"SAYA TAHU SAYA ADA KONTR0VERSI SEBELUM INI, TAPI BUKAN SAL4H SAYA" - MAK WAN LATAH DEDAH TAWARAN LAKONAN KERAP 'GHAIB', TERKIL4N DILABEL SUKA MEMINTA BANTUAN



"Saya bukan tak nak bantuan tapi saya juga tak nak meminta... saya tak nak orang kata saya asyik meminta tak sudah. Saya cuma nak kerja saja. Bagilah saya kerja walaupun dalam sebulan mungkin cuma ada dua kali (tawaran lakonan). Itu pun Alhamdulillah."

Demikian kata pelakon veteran, Mak Wan Latah, 65, di mana dia meluahkan rasa terkil@n apabila sering dianggap sebagai individu yang gemar meminta bantuan untuk meneruskan kehidupan.

T£gas Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimatussa'diah Mohd Daud, dia tidak pernah meminta-minta, sebaliknya hanya terbuka menerima bantuan daripada pihak yang prihatin terhadap keadaan dirinya.

Dalam pada itu, ujar Mak Wan, meskipun mengalami mas@lah kesihatan, ia sama sekali tidak menghalangnya untuk bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Klik untuk gambar besar

Malah, akuinya lagi, bantuan Baitulmal yang diterimanya itu tidak mencukupi untuk menampung kehidupannya sehari-hari.

"Saya memang ada mas@lah s@kit lutut, tapi kalau ada job saya terima saja. S@kit lutut ini tidak menyusahkan. Saya boleh berehat lepas shoot dan kalau ada babak lain saya boleh bangun semula," luahnya.

Apa yang lebih menyedihkan dedah Mak Wan, ada tawaran lakonan dibatalkan dan ia dipercayai kerana kontr0versi yang pernah melanda dirinya sebelum ini.
"Tawaran itu ada tapi entah macam mana tak jadi ambillah, macam-macam alasan ada saja yang tak kena. Saya tahu saya ada kontr0versi sebelum ini, tapi bukan sal@h saya.

"Jangan libatkan saya dan kasihanlah saya," jelasnya yang tidak mahu terus bergantung harap terhadap kerjaya lakonan semata-mata.

Berhubung itu, Mak Wan memberitahu, dia ada mencuba nasib dalam perniagaan, namun bidang yang cuba diusahakan olehnya itu tidak menjadi atas faktor-faktor tertentu.

"Saya pernah berniaga tapi tiada orang bantu. Saya pula pergi berniaga naik bas. Saya bawa semua barang-barang sendiri, kita tiada kenderaan. Tapi kalau dah Allah kata sampai situ saja rezeki kita, sampai situ sajalah," kongsinya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: