"Selagi ada rezeki (dalam bidang seni), Insya-Allah. Bagi saya, saya percaya rezeki kita semua ini datang daripada sumber yang sama iaitu daripada Allah.
"Kalau ada rezeki untuk saya, Alhamdulillah. Kalau tiada, bererti ada benda yang lebih baik untuk saya.
"Ini cara yang saya fikir sekarang. Ia bukan sekadar kata-kata untuk menyedapkan hati, tetapi saya betul-betul percaya dengan perkara itu."
Demikian kata penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, 35, di mana kongsinya, dia kini bersedia untuk terus aktif mencurahkan bakti dalam industri seni selagi dikurniakan rezeki untuknya.
Ujarnya lagi, dia kini lebih tenang dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap ketentuan Ilahi mengenai perjalanan kerjayanya selepas ini.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, Aliff turut mengulas mengenai situasi yang dilaluinya, di mana dia tidak menafikan tawaran kerja mungkin agak berkurangan, namun dia tetap memanjatkan rasa syukur dengan apa yang tertulis.
"Macam saya katakan, Alhamdulillah setakat ini. Mungkin pada waktu saya benar-benar berada dalam keadaan (kem£lut) itu, rezeki mungkin berkurang.
"Tetapi Alhamdulillah, seperti yang saya katakan tadi, sewaktu saya duduk berfikir mengenai masa depan, sebenarnya saya memilih untuk merehatkan hati saya.
"Rezeki kalau tidak ada di situ, pasti ada di tempat lain. Kalau tidak ada di sini, ada di sana. Selagi kita masih hidup, Insya-Allah Allah akan berikan kita rezeki," tutur pelantun lagu Keajaiban Cinta ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment