17 April 2026

T£PIS KENYATAAN JAGA TUJUH ANAK TIRI, MEREKA MASIH ADA IBU KANDUNG - AZAR AZMI NAFI GUNA RM40,000 UNTUK IKAT JAMIN SUAMI, SEBALIKNYA LANGSAIKAN HUT4NG



"Mengikut perintah mahkamah, saya dan ahli keluarga lain tidak dibenarkan mengikat jamin suami. Tanya orang itu, dia berjumpa dan bercakap dengan siapa. Selagi tak keluar daripada mulut saya, itu bukannya daripada saya.

"Orang boleh tulis dan cakap apa sahaja, saya sebagai manusia biasa tidak mampu menutup kata-kata manusia. Mereka nak taip apa benda sekali pun, saya tak boleh nak kawal benda itu melainkan kereta mainan kawalan yang boleh dikawal."

Itulah jelas Azar Azmi, 37, di mana pelakon itu tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia menggunakan wang daripada usahawan sens@si, Datuk Seri Aliff Syukri bagi urusan ikat jamin suaminya, Mohd. Apri Hazreen.

Kata Azar atau nama sebenarnya Azar Amir Azmi, dia dan ahli keluarga tidak dibenarkan mengikat jamin suami atas perintah mahkamah, malah sepanjang perkahwinannya dengan Mohd. Apri, dia tidak menyedari sebarang perlakuan mencurigakan dilakukan suaminya.

"Saya memang tak tahu (dakwaan pen1puan duit) sebab apa yang saya nampak dia pergi kerja macam orang lain. Kalau dia balik lewat, dia akan cakap dia luangkan masa dengan anak dia.

"Tiada kemewahan, menunggu duit hujung bulan. Tak ada keistimewaan lain," tuturnya yang dalam masa sama turut memberitahu, dia akan menggunakan wang pemberian tersebut untuk melunaskan hut@ng suami yang dianggarkan berjumlah ratusan ribu ringgit.

"Duit RM40,000 yang dapat daripada Datuk Aliff Syukri akan saya gunakan untuk melangsai hut@ng. Kesemua hut@ng, dianggarkan bernilai ratusan ribu," jelasnya.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, Azar juga tampil mempertahankan dirinya selepas dihujani pelbagai tuduhan termasuk didakwa menjadi peramp@s serta membuat kenyataan meng£lirukan mengenai anak-anak tiri.

T£gas Azar lagi, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang mendakwa dirinya menggalas tanggungjawab menjaga tujuh orang anak tiri seperti yang tular di media sosial.

Jelas pelakon itu, dia hanya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada dua orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama suami dan berhubung itu, kesemua anak tirinya kini berada di bawah jagaan ibu kandung mereka.

"Ya, semua anak tirinya ada dengan ibu mereka. Lagipun, siapa yang keluarkan kenyataan yang cakap saya jaga mereka semua? Tidak. Anak tiri semua dibawah tanggungan ibu kandung mereka sendiri.

"Yang saya jaga hanyalah anak saya sendiri. Ibu mereka masih ada, buat apa saya nak kena jaga?" katanya yang turut men£pis dakwaan kononnya dia menjadi orang ketiga sehingga mendorong ker£takkan rumah tangga suami, Mohd Apri dengan bekas isteri.

Dalam pada itu, Azar menjelaskan, titik perkenalan dia dan suami bermula hanya selepas Mohd Apri itu sah bercerai.
Bukan itu sahaja, malah kongsinya lagi, mereka tidak melalui fasa percintaan sebelum sepakat memutuskan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun 2021.

"Saya memang kenal suami saya selepas mereka berpisah. Saya dan suami pun tidak pernah bercinta sebab dia terus berselor0h mahu berkahwin dengan saya. Kemudian perkara itu menjadi s£rius.

"Kami bernikah pada 2021 dan sekarang ini mempunyai dua cahaya mata lelaki berumur tiga dan empat tahun," tuturnya yang enggan melayan sp£kulasi neg@tif itu dan menyerahkan segalanya kepada penilaian orang ramai memandangkan dia sudah menjelaskan perkara yang sebenar.

"Untuk orang yang kata bukan-bukan itu, terpulanglah pada mereka nak cakap apa. Kalau saya tegakkan, terangkan pun, mereka akan cakap yang saya ini pelakon. Mampu untuk berlakon.

"Terpulang nak percaya atau tidak, hanya orang yang tahu sahaja akan percaya. Saya tidak perlu nak ambil serius terhadap pandangan mereka," ujarnya.

Untuk makluman, Azar berkahwin dengan Mohd Apri pada 2021 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki yang kini masing-masing berusia tiga dan empat tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: