17 April 2026

INTAN LADYANA TAK SOKONG PERBUATAN SAL4H SUAMI YANG DIDAKWA CURANG DALAM 'GAME ONLINE' : "DIA TAHU BATAS DIA, TAK BOLEHLAH NAK TERLALU MENGAWAL"



"Sebagai isteri, apa yang saya boleh katakan ialah saya bukan 'enabler' (penyokong atau membiarkan). Apa yang sal@h itu tetap sal@h dan apa yang betul tetap betul, jadi kena tahu batas sendiri."

Demikian kata pelakon Intan Ladyana, di mana katanya, dia tidak menyokong perbuatan sal@h berhubung dakwaan suaminya, penyanyi dan pelakon, Harris Aliff berlaku curang bersama seorang wanita dalam permainan video online (game online).

Kata Intan, perkara sal@h tetap sal@h dan sebagai individu berstatus suami atau isteri perlu tahu batas.

Dalam pada itu, akui Intan, dia sendiri tidak mengenali wanita berkenaan dan hanya mengetahui perkara tersebut selepas ia tular di media sosial.

Klik untuk gambar besar

"Tidak (tak kenal wanita itu) sebab saya tak main permainan video. Game apa pun saya tak tahu. Ya, selepas tular isu ini baru saya tahu.

"Saya tak adalah nak sal@hkan wanita itu atau Harris, tetapi mereka sendiri perlu tahu. Kalau mereka rasa apa yang mereka buat itu sal@h atau betul, itu adalah pandangan masing-masing. Mereka yang kenal diri sendiri," ujarnya.

Selain itu, Intan memberitahu, isu seperti itu tidak akan berulang ketika menjawab adakah dia berbincang mengenai isu tersebut dengan suaminya.
Malah katanya lagi, dia tidak meletakkan sebarang syarat kepada Harris, namun men£gaskan mengenai batas pergaulan.

"InsyaAllah, tidak akan terjadi lagi. Tak adalah (letak syarat untuk Harris). Macam saya, saya tahu batas saya dan dia tahu batas dia. Tak bolehlah nak terlalu mengawal, tapi diri sendiri kena tahu.

"Walaupun dalam permainan video atau pun berlakon, kita kena tahu batas. Kita sendiri kena ada kefahaman tentang hal itu," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: