17 April 2026

RUMAH TANGGA DIDAKWA BERGOLAK - FIKRY IBRAHIM TAMPIL NAFI, MASIH KEKAL DENGAN PRINSIP JAGA PRIVASI KELUARGA



"Dakwaan kononnya masih berantakan itu adalah satu perkara yang sal@h dan saya rasa ia sekadar sp£kulasi. Saya percaya sumbernya berpunca daripada saya yang tidak berkongsi gambar.

"Saya rasa kalau anda semua buat sedikit kajian, boleh lihat bila kali terakhir saya memuat naik gambar bersama ibu saya. Adakah itu menunjukkan saya berg@duh dengan ibu? Tidak juga.

"Cuma saya dan isteri merasakan lebih baik untuk tidak berkongsi gambar. Lagipun, bukanlah tiada langsung gambar kami bersama. Kalau lihat di Instagram (IG) saya, masih ada beberapa gambar yang saya kekalkan."

Itulah jelas pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim, 32, di mana dia tampil menafikan dakwaan rumah tangganya masih bergolak seperti yang berlaku sebelum ini.

Dalam pada itu, Fikry berkata, gambar bersama isteri semasa Aidilfitri yang tidak dimuat naik baru-baru ini tidak semestinya membawa maksud rumah tangganya sedang bermas@lah.

Klik untuk gambar besar

Pemilik nama penuhnya, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim itu bagaimanapun tidak menyembunyikan kenyataan mereka menyambut Aidilfitri secara berasingan atas faktor tertentu.

"Dia beraya di Sarawak sebab tahun ini giliran dia beraya di sana. Cuma saya perlu menjaga ibu saya, tambahan pula bapa saudara saya juga kurang sihat akib@t str0k.

"Jadi saya mengizinkan dia pulang ke Sarawak untuk beraya bersama keluarga. Tetapi selepas itu kami tetap berjumpa. Malah sebelum raya pun kami sempat meluangkan masa bersama, untuk membeli baju raya sekali," tuturnya yang menjelaskan perkara sebenar.

Disamping itu, ujar Fikry lagi, dia tidak akan berkongsi hal peribadi seperti segelintir selebriti lain, sebaliknya terus mengekalkan prinsip sedia ada dalam menjaga privasi keluarga.
"Saya rasa cukuplah sampai di sini saja. Sebelum saya berkahwin pun, saya tidak ada istilah isu-isu seperti ini. Jadi saya akan kekalkan perkara dan prinsip yang sama kerana ke depan nanti saya tidak suka perkara seperti ini diuar-uarkan.

"Kalau tengok di media sosial saya pun, saya hanya berkongsi mengenai ibu saja. Adik-beradik lain atau arwah bapa saya pun jarang saya kongsikan kerana saya lebih memilih untuk menjaga privasi.

"Walaupun kita cuba mengekalkan privasi dengan cara ini, tapi masih ada ahli keluarga saya yang kurang selesa sebab orang cari atau menjadi perhatian," katanya.

Berkongsi perasaan isterinya apabila berdepan sp£kulasi sedemikian, Fikry memberitahu, isterinya itu pada awalnya mungkin sedikit terkejut, selain men£gaskan komunikasi antara mereka berada dalam keadaan baik.
"Bagi saya, awal-awal dulu mungkin dia ada sedikit terkejut. Tetapi lama-kelamaan saya cakap tidak perlu layan perkara seperti ini. Tiada apa-apa pun sebenarnya, cuma biasalah kadang-kadang benda seperti ini berlaku.

"Saya biarkan saja ia berlalu. Komunikasi saya dengan isteri pun baik saja," jelas Fikry yang memilih untuk tidak terlalu melayan isu-isu membabitkan peribadi dan keluarganya seperti yang tersebar di media sosial yang dianggap mer£pek dan tidak masuk akal.

Walaupun berdepan tek@nan, Fikry meluahkah rasa syukur kerana dikurniakan keluarga serta mentua yang matang dan sentiasa memberi sokongan terhadap dirinya.

"Sebelum apa-apa jadi, saya akan maklumkan terlebih dahulu kepada keluarga supaya mereka tahu awal dan tidak terkejut dengan apa yang berlaku," ujar pelakon berasal dari Kedah ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: