21 May 2026

AZNIL LANCARKAN TABUNG BANTUAN UNTUK ANAK KEDUA AMYZA AZNAN, ADRIAN ADAM



"Sama seperti Paknil lakukan untuk tabung bantuan untuk Zamani & Allahyarham Ibnor Riza sebelum ini.

"Paknil sudah kosongkan akaun peribadi Paknil dan mendapat kelulusan daripada Maybank untuk mengumpul dana kilat buat Adrian Adam, anakanda Amyza Aznan.

"Segala wang yang dimasukkan ke dalam akaun yang kosong ini mulai saat ini adalah bertujuan untuk perubatan dan saraan Adrian Adam 100 peratus.

"Paknil akan maklumkan di Instagram Story jumlah kutipan terkumpul secara harian. Tabung ini dibuka selama satu minggu (sehingga 27 Mei 2026).

Klik untuk gambar besar

Dengan lafaz Bismillahhirrahmannirrahim, Paknil lancarkan Tabung Bantuan untuk Adrian Adam melalui akaun Aznil Bin Nawawi, Maybank - 5647 3580 1178."

Itulah tulis pengacara versatil, Datuk Aznil Hj Nawawi, 64, menerusi media sosial miliknya, di mana beliau mengambil inisiatif mengosongkan akaun bank peribadinya demi melancarkan tabung kutipan bantuan buat anak kedua pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam yang kini bert@rung dengan kans£r tulang.
Menyedari beb@nan ditanggung sahabat industri, Aznil atau mesra disapa Pak Nil berkata, usaha murni itu dilakukan khusus bagi membantu menampung kos perbelanjaan serta perubatan Adrian.

Pengacara program Talk To My Manager 2 (TTMM 2) itu turut memuat naik bukti tangk@pan skrin yang menunjukkan baki akaun peribadinya sudah dikosongkan bersama butiran bank terbabit untuk memudahkan urusan sumbangan tabung bantuan kilat itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: