21 May 2026

SAH BERCERAI TALAK SATU - NORREEN IMAN & SUAMI KINI BAWA HALUAN MASING-MASING



Hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pelakon Norreen Iman telah sah bercerai talak satu dengan suaminya, Mohd Raizi Abdul Razak.

Menerusi perkongsian di media sosial, kedua-dua mereka dilihat hadir bagi menyelesaikan perceraian mereka.

Difahamkan, Norreen dilihat ada menulis hantaran ringkas 'Bismillahirahmanirahim' dipercayai sebelum ke mahkamah.

Klik untuk gambar besar

Terdahulu, kehadiran Norreen dan Razi ke mahkamah menjadi tanda tanya dipercayai bagi tujuan pr0siding pengesahan lafaz cerai.

Untuk makluman, Norreen dan Raizi mendirikan rumah tangga pada 2011 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: