21 May 2026

PILIH SEKOLAH DI KUANTAN - AMAD DAYYAN UTAMAKAN PELAJARAN : "BUAT MASA SEKARANG, BIAR PERLAHANKAN SIKIT JOB NYANYIAN & FOKUS PADA PELAJARAN DULU" - BAPA



Bapa kepada penyanyi remaja, Amad Dayyan, 14, iaitu Saiful Anuar memaklumkan anak lelakinya itu mengambil keputusan untuk meneruskan sesi persekolahan di Kuantan, Pahang.

Kata Saiful lagi, keputusan tersebut dibuat dengan persetujuan bekas isterinya yang merupakan adik kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Saerah Tarudin.

"Ya pilihan bersekolah di Kuantan adalah kehendak Amad sendiri. Alhamdulillah keputusan ini pun dapat persetujuan daripada ibunya.

Klik untuk gambar besar

"Sekarang ini Amad akan berada dalam jagaan saya di Kuantan," katanya yang turut memberitahu, buat masa ini dia mahu memberikan ruang kepada Amad untuk menyesuaikan diri dengan suasana sekolah baharu.

Amad bagaimanapun masih menerima tawaran persembahan selagi tidak bertembung dengan jadual persekolahan, meskipun bersekolah di luar Kuala Lumpur.

"Buat masa sekarang, biar perlahankan sikit job nyanyian dan fokus pada pelajaran dulu. Insya-Allah Amad tetap akan terima job kalau tidak meng@nggu waktu pembelajaran dan hari sekolah.
"Sebelum ini memang ada tawaran persembahan untuk Amad tapi saya hold dulu sebab hari ini (Rabu) baru dia masuk sekolah baru.

"Saya nak dia sesuaikan diri dulu baru fikir tentang hal lain (tawaran kerja). Biar aktiviti dia dipenuhi dengan belajar, sukan dan agama," tuturnya.
Dalam pada itu, Saiful meminta peminat dan orang ramai mendoakan perjalanan anak lelakinya itu dalam bidang pelajaran dan karier seni.

"Doakan Amad agar terus berjaya dan beroleh keberkatan dalam pembelajaran serta kariernya," katanya.

Sebelum ini, Saiful berkongsi momen menghantar Amad pada hari pertama persekolahan di Teluk Cempendak, Kuantan, Pahang. Rata-rata netizen mendoakan agar urusan Amad dipermudahkan dan terus berjaya dalam bidang yang diceburi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: