"Mak Jah dibenarkan keluar dari hospital pada Isnin lalu dan kini sedang berehat di rumah. Mak Jah dimasukkan ke hospital akib@t batuk berpanjangan berpunca daripada jangk1tan kum@n pada paru-paru.
"Dia diberikan antibi0tik dan kini sedang berehat di rumah. Alhamdulillah, keadaannya semakin pulih. Cuma, Mak Jah tidak boleh duduk atau berjalan terlalu lama kerana kakinya akan memb£ngkak."
Demikian jelas Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Sandakiah Azez, di mana beliau berkongsi keadaan terkini Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah, 78, ketika menziarahi pelakon veteran itu di kediamannya baru-baru ini.
Difahamkan, Mak Jah dibenarkan keluar dari Hospital Ampang selepas 10 hari menerima rawatan akib@t jangk1tan kum@n pada paru-paru.
Klik untuk gambar besar
Kata Sandakiah, isteri Timbalan Perdana Menteri iaitu Datin Seri Hamidah Khamis turut meluangkan masa menziarahi Mak Jah bersama wakil UMNO Bahagian Titiwangsa, selain menghulurkan sumbangan.Dalam pada itu, Sandakiah turut berkongsi, faktor usia dan keadaan kesihatan menyebabkan Mak Jah sudah lama tidak lagi menerima tawaran berlakon.
"Memang sekarang Mak Jah sudah tidak berlakon kerana faktor usia dan kesihatan. Dia sendiri tidak mahu menyusahkan orang di lokasi penggambaran. "Bagaimanapun, saya difahamkan Datuk Yusof Haslam dan Datuk Rosyam Nor menghulurkan bantuan bulanan kepada Mak Jah. Sedikit sebanyak bantuan itu dapat meringankan b£ban yang ditanggungnya," tuturnya.
Untuk makluman, Mak Jah yang juga pelakon filem 'Abang Long Fadil' itu pernah dimasukkan ke hospital pada 2019 akib@t mas@lah kesihatan yang sama.
Selain itu, Mak Jah turut menghidap peny@kit k£ncing manis, dar@h tinggi dan pernah disahkan menghidap kans£r rahim tahap satu pada 2014.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment