19 August 2026

SOKONG KEPUTUSAN ISTERI TAMPIL BERHIJAB - AIMAN HAKIM KATA BERTUDUNG BUKAN SEMATA-MATA TUTUP AURAT TAPI UNTUK PERBAIKI DIRI : "KALAU PAKAI TUDUNG TAPI TAK ADA ADAB PUN TAK GUNA"



"Dia (Zahirah) sebenarnya sedang mencuba. Pada saya yang penting bukanlah setakat bertudung tetapi apa yang ada di sebalik hijab. Bagi saya, dia harus tahu sebab serta kebaikan pemakaian tersebut, yang penting sebenarnya adalah keperibadian seseorang.

"Berhijab adalah untuk memperbaiki diri, bukan semata-mata sebab untuk menutup aurat," itulah ulas pelakon Aiman Hakim Ridza, 37, mengenai keputusan isterinya, pelakon Zahirah MacWilson, 31, yang kini dalam proses menjadi muslimah lebih baik serta memahami perubahan apabila tampil berhijab.

Tuturnya lagi, sokongan yang diberikan bukan sekadar pada perubahan imej semata-mata, sebaliknya mengambil kira niat serta proses penghijrahan yang sedang dilalui isterinya.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, ujar Aiman, apa yang paling utama memahami mengenai penghijrahan yang sebenar, di mana ia bukan sekadar menutup aurat semata-mata, selain turut menitipkan nasihat kepada Zahirah mengenai keperibadian dan adab apabila sudah berhijab.

"Ya, ada diberitahu saya untuk memakai hijab dan banyak bertanya kepada saya juga. Tetapi yang saya tekankan adalah keperibadian. Pada saya dia mesti faham mengapa dia pakai hijab, bukan semata-mata kerana pemakaian itu.
"Isi kandungan sebagai seorang muslim itu lebih penting sebenarnya. Kalau pakai tudung tapi tak ada adab pun tak guna," katanya yang sentiasa menyokong keputusan Zahirah untuk berhijab.

Sebelum ini, Zahirah memberitahu, dia mula berhijab sejak dua bulan lalu tetapi belum bersedia untuk berkongsi kepada orang ramai mengenai proses penghijrahannya itu.

Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Isaac Raees, 5, dan Inara Raisa, 2.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: