"Mungkin ramai dekat luar sana mengatakan Nadeera tak ada buat lagu ke? Tapi sebenarnya saya dari dulu lagi ada sahaja buat lagu untuk rakan-rakan artis yang lain, cuma mungkin orang tak tahu kan.
"Sebab saya tak buat lagu untuk diri saya, saya buat lagu untuk orang lain. Tapi untuk 'Cuba Jadi Aku' ini, saya terlibat untuk melodi. Macam lirik pula, Hael Husaini minta saya tulis karangan untuk berikan jalan cerita."
Demikian jelas penyanyi Nadeera Zaini, 33, di mana dia tampil men£pis dakwaan segelintir netizen yang menganggap dirinya tidak mempunyai kebolehan mencipta lagu sendiri dan sering bergantung kepada penyanyi dan komposer, Hael Husaini semata-mata.
Klik untuk gambar besar
Selain itu, jelasnya lagi, dia turut bekerjasama dengan ramai komposer tempatan lain, namun persepsi tersebut timbul disebabkan lagu-lagu ciptaan Hael lebih menjadi perhatian ramai.
Tutur Nadeera, dia sebenarnya sudah lama bergiat aktif dalam pembikinan lagu, namun penglibatannya lebih banyak ditumpukan untuk rakan-rakan artis yang lain.
"Peluang atau rezeki saya dapat menyanyikan karya daripada Hael Husaini bukannya senang nak dapat. Dan saya sahut cab@ran menyanyikan lagu beliau itu bukannya mudah, sumpah sus@h.
"Ramai dekat luar sana mungkin cakap Nadeera ini terlalu bergantung pada Hael. Sebenarnya saya pun ada pendekatan beberapa komposer lain untuk hasilkan lagu saya.
"Mungkin orang sal@h faham sebab lagu-lagu Hael macam 'Bukan Lagi Kita' itu orang lebih tahu. Jadi orang berpendapat saya terlalu bergantung harap, tapi sebenarnya ada sahaja beberapa lagu yang saya ambil daripada komposer lain," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!






No comments:
Post a Comment