15 May 2015

35 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS MALAM BERINAI LANA NODIN & DAVID MCKENZIE



Tinggal hanya beberapa jam sahaja lagi majlis pernikahan Lana Nodin dan pasangannya Mohd Daud McKienzie bakal berlangsung.

Majlis malam berinai Lana dan David yang bertemakan Puteri Gunung Ledang itu telah diadakan semalam di Hotel Palace of The Gorden Horses, Seri Kembangan.

Gambar-gambar menarik ini telah dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu Avicenna Studio.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


14 May 2015

NIKAH SEMULA HARI INI - HADIAH TERBESAR BUAT DIANA RAFAR



Hari ini (14 Mei 2015) merupakan hari pernikahan semula Diana Rafar dan Zamarul Hisham setelah bercerai selama 4 bulan.

Pada mulanya, Diana dan Zamarul memilih tarikh 16 Mei tetapi mereka menukarnya kerana tarikh tersebut jatuh pada hari Sabtu.

Menurut Diana, hari lahirnya jatuh pada 9 Mei dan menganggap penyatuan semula ini adalah hadiah terbesar buatnya.

Klik gambar untuk size besar


NATASHA HUDSON KINI HAMIL ANAK KETIGA



Jika sebelum ini, Erin Malek dan Wawa Zainal hamil, kini giliran Natasha Hudson pula disahkan mengandung anak ketiganya bersama Carleed Khaza.

"Kini usia kandungan saya sudah memasuki usia lima bulan. Soal perancangan untuk menambah jumlah zuriat ini memang dirancang saya dan suami. Saya rasa di usia muda ini dan dengan kesihatan yang masih baik lebih baik digunakan untuk membesarkan lagi keluarga saya.

"Alhamdulillah keluarga kami juga banyak menolong jika tidak menang tangan atau terlalu sibuk dalam urusan anak. Selebihnya saya berserah dan tawakkal kepada Allah SWT dan semoga segala urusan kami sentiasa di permudahkan," ujar Natasha dipetik sebagai berkata.

Tahniah kami ucapkan!

Klik gambar untuk size besar


AL-FATIHAH - NENEK SITI NURHALIZA KEMBALI KE RAHMATULLAH



Datuk Siti Nurhaliza kelmarin telah kehilangan neneknya apabila nenek yang sering dipanggil Teh Te'ek, 91, menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 12.45 tengah hari.

Allahyarham yang meninggal dunia akibat sakit tua itu meninggalkan 57 orang cucu dan 68 orang cicit.

Jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Tempoyang malam kelmarin selepas Isyak.

Klik gambar untuk size besar


13 May 2015

7 GAMBAR - SEKITAR 'HONEYMOON' FAHRIN AHMAD & ELENA HANI DI VENICE



Gambar-gambar sekitar bulan madu Fahrin Ahmad dan Elena Hani di Venice, Itali.

Untuk rekod, pasangan ini diijabkabulkan pada 9 Mei lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


HAMIL ANAK KEDUA - WAWA ZAINAL IDAM ANAK PEREMPUAN



"Kandungan saya masih di peringkat awal. Keadaan kesihatan saya sekarang juga tidak menentu. Jadi, doakan saja semoga semuanya selamat hingga saya bersalin nanti. Harapnya kali ini perempuan. Kalau dapat sepasang, seronok juga," demikianlah kata Wawa Zainal yang baru baru ini disahkan hamil anak kedua.

Untuk rekod, Wawa dan suaminya, Aeril Zafrel mendirikan rumah tangga mereka pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ahmad Fakharuddin Attar.

Tahniah kami ucapkan!

Klik gambar untuk size besar


12 May 2015

9 GAMBAR - BILA ALIFF AZIZ TAYANG AWEK BARU



Siapa tidak kenal dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz yang sering bertukar kekasih? Malah ada juga pihak yang menggelarkannya 'playboy'. Ahak!

Selepas kes dakwaan mabuk dan membelasah pekerja hotel, dia tiba-tiba terus senyap tanpa berita. Namun terkini, namanya kembali menjadi sebutan apabila menayangkan kekasih barunya kepada umum.

Klik gambar untuk size besar