23 August 2008

NOR AZLINA SAH ISTERI YUSOF...

Nor Azlina Redzuan, 37, personaliti terkenal TV3, kini sah bergelar isteri selepas selamat diijab kabul dengan pasangannya, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TM International, Datuk Yusof Annuar Yaacob, 43.

Yusof dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad di hadapan imam Masjid Al-Arifin Padang Katong, Ku Muhamad Ku Hamid di rumah mereka di Bintong, Kangar, Perlis.

Nor Azlina menerima mas kahwin RM30,000 dan sebentuk cincin berlian bernilai RM85,000 tanpa wang hantaran. Selain itu, dia juga menerima sembilan dulang barang hantaran didahului dengan sireh junjung.

Manakala pihak perempuan pula membalas dengan 11 dulang hantaran.


Klik untuk gambar besar..!













    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Video copyright myartis 2008

No comments: