27 February 2009

ERRA TERUS BERGAYA

Kalau suri rumah lain, pasti segelintirnya akan memakai pakaian mengandung yang menyerlahkan kehamilan mereka. Namun bagi Erra Fazira, dia mungkin merasa selesa memakai pakaian biasanya untuk terus maintain sebagai selebriti. Malah ada yang kata, kononnya pakaian hitam boleh membantu memperlihatkan tubuh kita kurang gemuk... Tapi jaga-jaga dik, jangan sampai tersepit baby tu!!





    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

25 February 2009

ZUL HUZAIMY BERSAMA KELUARGA

Klik untuk gambar besar..!!











    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

24 February 2009

ANAK PONTIANAK LAGI & LAGI...

Gambar ini kemungkinan koleksi gambar-gambar terdahulu anak pontianak yang belum disiarkan lagi... atau mungkin juga koleksi terbarunya. Syabas diucapkan pada Anju yang terus popular walaupun tidak pernah menerima anugerah sebagai 'pelakon terbaik' dan 'gambar terbaik'..!!


Klik untuk gambar besar..!!






    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

20 February 2009

ARTIS REALITI TV..??

Menurut pengirim gambar ini, lelaki remaja yang berposing mesra dengan gadis ini (kalau betullah gadis) ialah salah seorang peserta rancangan realiti TV. Bila diamati... wajah mereka memang ada iras, cuma penampilan sahaja yang berbeza! Apa-apa pun, terpulang pada anda untuk menilainya. Bak kata pepatah: tepuk dada tanya selera!


Klik untuk gambar besar..!











    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

KAMI SALAH JUGA - ZAEFRUL

"Saya tidak kisah kerana dia ibarat kakak saya. Demi Allah, hubungan kami tidak lebih daripada itu," demikian perjelasan Zaefrul mengenai gambar-gambar mesranya dengan Azizah Mahzan yang tersebar luas.

"Lagipun, isteri saya juga mengetahui tentang hubungan saya dan Kak Zi iaitu hanya berkawan baik seperti kakak dan adik.

"Isteri saya memahami dan saya jelaskan kepadanya supaya tidak risau kerana kami hanya berkawan rapat dan anggap Kak Zi seperti kakak saya," terang Zaefrul berulang kali mengenai hubungan antaranya dengan Azizah berdasarkan gambar mesra mereka yang dirakamkan di Langkawi itu ketika menjalani pengambaran drama bersiri Spa Q 2.

Jelas Zaefrul, dia memahami yang orang ramai mungkin keliru dengan aksi yang mereka lakukan di dalam gambar tersebut lebih-lebih lagi mereka merupakan selebriti. Dalam masa yang sama, dia juga mengakui kesalahannya bergambar mesra dengan wanita lain tanpa batasan.

"Kami pun salah juga kerana lainlah kalau dia mahram saya. Tetapi,memang Kak Zi jenis yang mesra dengan semua orang begitu juga apabila bergambar.

"Maksudnya, dia bukan sahaja beraksi mesra dengan saya malah juga dengan orang lain yang rapat dengannya.

"Disebabkan saya menganggapnya sebagai kakak, jadi saya terlupa tentang batasan.

"Namun, batasan itu tetap ada di dalam industri ini di mana tidak semua orang saya mudah mesra seperti itu," jelasnya dipetik sebagai berkata.

Tambah Zaefrul, dia juga tidak minum minuman keras sebagaimana yang digambarkan. Gambar botol minuman tersebut kemungkinan kepunyaan orang lain dan dirakam secara tak sengaja memandangkan ramai pihak yang berada disitu.



Zaefrul dan keluarganya: Gambar koleksi Zaefrul




Zaefrul dan keluarganya: Gambar koleksi Zaefrul

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

18 February 2009

SYEM RAJA LAWAK, KEMBALI KE ASAL...

Setelah tersingkir diminggu kedua dalam rancangan Raja Lawak Astro musim ke-3, akhirnya Shamsir Mohd Shahar atau nama glamornya Syem, kembali menyambung aktiviti asal. Walaupun ada yang mengenalinya sebagai pelawak, namun tak ramai yang tahu dia sebenarnya menjalankan perniagaan lukisan potret kaki lima.

Setiap potret atau karikatur dikenalan bayaran dari RM10 hingga RM40 bergantung pada kehendak pelanggan. Malah Syem juga tidak malu untuk melukis di mana sahaja termasuk lorong-lorong gelap seperti 'lorong karat' di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

"Memandangkan aktiviti lawak tak banyak dan Astro tengah sibuk dengan program tersebut, maka saya ambil keputusan untuk melukis kembali. Sesekali tu adalah mereka panggil untuk buat show, tetapi bukanlah terlalu kerap. Bak kata orang... hidup harus diteruskan!" Ujarnya sambil tersenyum.

Tambah anak kelahiran Kuala Lumpur yang sudah berkahwin itu, dia tak pernah rasa malu untuk mencari rezeki memandangkan lukisan adalah darah dagingnya. Namun seandai bakat lawaknya diperlukan, dia bersedia untuk berlawak di mana sahaja.


Klik untuk gambar besar..!!











    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Eksklusif & copyright myartis 2009

16 February 2009

AZIZAH MAHZAN SYOK NGAN ZAEFRUL?

Alangkah mesranya aksi pelakon popular Azizah Mahzan dan Zaefrul Nordin ni... cam tengah syok antara satu sama lain pula. Tapi bila soalan diajukan pada Zaefrul, jawapan yang selalu diberi: mereka berdua 'hanya kawan' sahaja.

Sementara bagi Azizah pula, “Yang penting saya bukannya telanjang,” kata ibu tunggal itu bila diajukan soal berpakaian seksi memandangkan usianya sudah menjangkau 45 tahun.

Tentang hubungannya dengan Zaefrul, dakwa pelakon yang mempunyai anak gadis berusia 21 tahun itu, Zaefrul dah macam keluarga. "Kami kenal sejak kecil lagi. Anggap dia macam adik. Akak pun rapat dengan isteri dia. Dia mengingatkan akak kepada pelakon Hani Mohsein (Allahyarham). Akak baik dengan Hani dulu macam dengan Zaefrul inilah. Tapi masa baik dengan Hani dulu tak ada pula orang buat cerita apa-apa pun? Dalam facebook pun orang kata kami macam ada “apa-apa” tapi sebenarnya tidak. Kami boleh berkongsi banyak benda."

Bagaimana dengan perkahwinan? Tak terfikir nak kahwin lagi ke? "Tak rasa nak kahwin lagi. Peninglah fikir nak bercinta. Tapi akak gembira dengan kehidupan sekarang ni", ujarnya dipetik sebagai berkata.


Klik untuk gambar besar..!!





Botol apa tu..?? Siap ada ada rimau hitam lagik..!!















    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

SAIFUL BERUBAH JADI NYAH??

Gambar Terbaru Saiful Malaysian Idol yang dikatakan bertukar daripada 'keras' kepada 'lembut'. Entah benar atau tidak Saiful sudah menjadi sotong... Allahualam!

Dalam hal ini, mungkin hanya Saiful sahaja yang memahami apa yang diinginkannya dalam kehidupan ini. Atau lebih tepat... dia tidak dapat membohongi dirinya sendiri dan perubahan itu adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

11 February 2009

INFO TENAGA PENGAJAR AF7

Mungkinkah Akademi Fantasia 7 akan kembali bergegar sebagaimana AF3 dahulu? Tambah-tambah apabila Linda Jasmin tersingkir dan AC Mizal dikekalkan sebagai pengacara? Hanya masa sahaja yang akan menentukannya..!!

BARISAN TENAGA PENGAJAR AF7

1) Siti Hajar Ismail - guru vokal persembahan
2) Syafizawati Sharif - guru vokal teknikal
3) Fatimah Abu Bakar - guru motivasi dan Bahasa Inggeris
4) A.Aris Kadir - guru tarian dan pereka tari
5) Ida Nerina - guru lakonan
6) Hasrridz Murshim (Acis) - pengarah muzik

Pengacara - AC Mizal dan Sarimah Ibrahim

AC Mizal - Konsert Akademi Fantasia
Sarimah Ibrahim - Diari Akademi Fantasia dan Diari INT AF

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

07 February 2009

CUBAAN MATIKAN WATAK NORMAN??

Dalam siri Gerak Khas, Norman akhirnya parah ditembak! Bagaimanapun, kesudahannya tidak pasti sama ada Norman Hakim memang mati atau sekadar gimik dalam sambungannya nanti.

Kalau mati, maka kemungkinan watak Norman dalam siri tersebut 'memang sengaja ditamatkan' akibat perkembangan semasa yang melibatkan Abby, Memey dan Norman sendiri. Semuanya kini bergantung pada kreativiti Yusof Haslam...






    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

05 February 2009

EKIN DAN MAWI LEPAS BULAN MADU..

Alangkah berserinya wajah mereka. Maklumlah darah masih manis dan senyuman pasti tak lekang dari bibir mereka bila bertentangan.

Aik, napa Mawi nampak gelap sikit? Agaknya asyik berjemur tepi pantai Korea khot sambil Ekin menyapukan minyak di badan..??



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

03 February 2009

LUNA MAYA MEREMPIT NGAN HANJING..

Dah namanya artis Indonesia, pasti tak kisah dengan pelbagai kontroversi atau yang bertentangan dengan nilai agama. Tapi si Luna tengah buat apa ye ngan hanjing tu?? Merempit khot??



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009