Friday, September 11, 2009

INFO: DRAMA INTERNET MAKIN HANGAT..

Karyawan terkenal, QuaChee kembali lagi dengan karya terbarunya bagi mempromosikan Malaysia. Jikalau sebelum ini, QuaChee mempromosikan Malaysia melalui media cetak, kini QuaChee menggunakan media baru untuk mengetengahkan drama bersiri (web episode) The BIG Bibik & The Little Nyonyas.

Walaupun melalui media yang berbeza, tetapi objektifnya tetap sama, iaitu mahu mempromosikan budaya, tradisi dan destinasi pelancongan menarik di Malaysia kepada masyarakat termasuk pelancong.



Dalam drama bersiri tersebut, QuaChee mengambil satu langkah menarik untuk menonjolkan kepelbagaian budaya Malaysia yang terkenal dengan integrasinya. Dan inilah yang mahu diketengahkan oleh QuaChee apabila masakan Baba Nyonya, suatu masakan yang memang terkenal di Melaka kerana campuran masakan Melayu dan Cina diadaptasikannya ke dalam kisah menarik.

“Budaya Baba Nyonya serta masakannya memang melambangkan Satu Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa,” ujar QuaChee.

“Ini ialah antara satu contoh Satu Malaysia yang sebenarnya sudah lama berada di negara kita," tambahnya.



Rancangan Masakan lapan episod yang menyelitkan beberapa adegan Lucu tersebut digarap dalam bahasa Inggeris dan sedikit Bahasa Baba Nyonya. Ia sudah mula disiarkan pada 8 September lalu melalui laman www.bookmarqc.com termasuk melalui kaedah Youtube, Facebook dan sebagainya.

Antara pelakon The BIG Bibik & The Little Nyonyas ialah Kenny Chan, Charlene, Michell, Vanessa dan ramai lagi.



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

Wednesday, September 09, 2009

ALIFF AZIZ COMOLOT SAKAN...??

Beginilah jalan hidup seorang artis, populariti kadangkala menutup pintu hati mereka terhadap realiti kehidupan yang hanya sementara ini. Lebih menyedihkan, mereka sanggup bercium di hadapan orang ramai demi memuaskan nafsu dan sekaligus menampilkan sikap tidak peduli terhadap agama dan peminat yang menyokong mereka.

Harapan kita, walaupun siapa artis itu... semoga mereka insaf bahawa kita bukan artis Barat yang hidupnya sekadar mencari syurga dunia. Tetapi kita sebaliknya artis Muslim yang dituntut mencari kerahmatan Allah buat bekalan hari akhirat kelak..!! Fikir-fikirkan...







    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

MICHELLE BERSAMA PAKWE BARU??

Beginilah aksi Michelle, Pengacara Melodi TV3 bersama seorang Pengacara Remaja yang berkemungkinan teman lelaki barunya. Kalau bukan teman lelaki, takkan sampai begitu mesra dan berpeluk sakan ye tak?

Dan kalau benarlah begitu, moga-moga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Lepas ni, mungkin nama Michelle akan ditukar ke nama yang lebih Islamik seperti Milah atau Minah pula... sorry Michelle, gurau je tu!


Klik untuk gambar besar...



Klik untuk gambar besar...









    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009
Loading...