24 November 2011
ISU TROFI AIM - TIBA MASANYA BERUNDUR?
Kredibiliti AIM dan FFM kini mula dipertikaikan oleh ramai pihak, meskipun kedua-dua anugerah yang mereka adakan itu diiktiraf oleh kerajaan. Antara yang diiktiraf itu ialah dua 'major industry in creative' dan film & music, kedua-duanya melibatkan anugerah berprestij yang membanggakan negara.
Namun apa yang tidak kena ialah apabila pihak yang diberi tanggungjawab menjalankan tugas seperti Pengerusi RIM, Norman Abd Halim dan Pengerusi GAFIM, Jurey Latiff Rosli asyik mengikut rentak sendiri.
Contohnya Kes FFM yang saban tahun asyik bersengketa sesama sendiri, ditambah pula yang terbaru apabila AIM meminta balik trofi Yuna yang telah disaksikan penyampaian seanterio alam.
Apakah mungkin sudah tiba masanya untuk mereka meninggalkan kerusi empuk yang mereka sandang selama ini? Bukan apa, dengan masalah yang memalukan negara ini... mereka haruslah bertanggungjawab dan sekaligus berundur demi kebaikan bersama.
Dengan cara ini, penggantinya nanti boleh mencari jalan lebih baik untuk memartabatkan industri seni negara yang makin 'lebar lukanya'. Kalau mampu, cuba kita ambil contoh model penjurian grammy atau academy awards untuk memastikan keadilan bagi semua pengkarya yang telah berhempas pulas memerah idea.
Lebih menarik mungkin diwujudkan satu jawatankuasa khas untuk memantau pengundian agar tidak berlaku 'salah kira' selepas anugerah. Jawatankuasa tersebut kemungkinan boleh disertai oleh cendikiawan, pemuzik, artis, tokoh budaya dan bahasa, tokoh sastera dan wakil daripada pelbagai pihak yang lebih arif tentang industri seni.
Kesimpulannya, kita tidak mahu anugerah yang ada di negara kita ini sekadar 'melepaskan batuk di tangga' semata-mata. Atau lebih tepatnya... ayam menang, kampung tergadai!
No comments:
Post a Comment