24 November 2011

ZIZAN RL BAKAL TINGGALKAN MELODI?


Rezeki Mohd Razizan Abd Razak atau Zizan raja Lawak nampaknya makin murah apabila kononnya dia dilamar untuk menjadi wajah eksklusif Astro. Ikhlasnya, bukan mudah untuk seseorang artis itu mahu dipilih oleh Astro melainkan mempunyai daya tarikan dan sokongan hebat peminat.

Namun apa yang berlegar difikiran ramai pihak sekarang ialah apa akan berlaku dengan rancangan Melodi TV3 sekiranya Zizan bersetuju menerima lamaran tersebut? Mungkinkah Dira Abu Zahar akan berseorangan atau TV3 sudah menyediakan pelan B untuk menutup 'lubang' yang ditinggalkan nanti?





“Ya, memang benar saya ditawarkan oleh pihak Astro tapi saya belum tahu lagi apa yang mereka nak. Setakat ini saya masih tak tandatangani apa-apa kontrak lagi. Apa yang saya tahu, mereka menawarkan saya untuk menjadi wajah eksklusif Astro Warna," ujar Zizan dipetik sebagai berkata ketika ditemui media di lokasi penggambaran Mael Lambung di Pusat sains Negara, Bukit Kiara.

Menjawab soalan lain mengenai kerjayanya di Melodi, kata Zizan dia tidak boleh menjawabnya sebab belum melihat kontrak itu lagi. Menurut Zizan, semuanya masih dalam perbincangan dan bergantung kepada kontrak tersebut. Baginya, setiap perkara mesti ada pengorbanan seolah-olah menggambarkan dia harus mengorbankan 'Melodi' jika terpaksa membuat pilihan.



No comments: