15 December 2011

FAUZI & LISDA BATAL SAMAN KERANA TAKUT?


Berani kerana benar, takut kerana salah!

Demikian kemungkinan anggapan segelintir pihak gara-gara pembatalan laporan polis dan pembatalan saman malu terhadap fitnah berbentuk BlackBerry Mesengger(BBM) yang memaparkan kecurangan pelakon Fauzi Nawawi dengan kekasih gelapnya.

Lima dakwaan paparan skrin BBM yang dirakamkan kononnya hasil perbualan pelakon tersebut telah disebarkan oleh sebuah blog hiburan yang kelihatannya amat yakin berada di pihak yang benar.

Fauzi dan Lisdawati - batal hasrat lapor polis dan saman




Antara kandungan BBM itu ialah Fauzi menyebut tentang perancangannya untuk berkahwin dengan kekasihnya itu. Alasannya, Lisdawati lebih mementingkan keluarganya berbanding suami.

Bagaimanapun, kesahihan paparan skrin BBM itu dinafikan kebenarannya oleh Fauzi Nawawi dan juga isterinya, Lisdawati. Malah mereka sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk menyaman blog hiburan tersebut yang memfitnah mereka.

Namun bagai hangat-hangat tahi ayam... Lisdawati kemudian memberitahu media bahawa dia dan Fauzi kini telah sepakat untuk membatalkan hasrat membuat laporan polis atau bertindak menyaman blog hiburan berkenaan.

"Saya rasa perkara ini sudah berakhir dan saya malas nak layan. Banyak lagi kerja lain untuk difikirkan daripada memikirkan perkara yang memang sah tidak benar dan mengarut.

"Lagipun kami rasa, peminat di luar sana pasti tidak akan percaya dengan cerita murahan sebegini yang semata-mata untuk menjatuhkan maruah kami,

"Meskipun apa yang mereka lakukan itu sangat melampau, namun saya terpaksa melupakan perkara ini buat seketika.

"Bukan kami tidak yakin hendak membawa mereka ke muka pengadilan, tetapi saya memikirkan sekarang ini kami masing-masing sibuk dengan komitmen kerja.

"Kalau saya buat laporan polis dan bawa ianya ke mahkamah, pasti mengambil masa yang panjang. Bukan itu sahaja, ianya pasti menelan kos guaman yang tinggi," katanya dipetik sebagai berkata.

Seterusnya, Lisdawati menganggap fitnah berkenaan sebagai satu perkara yang kelakar dan dianggapnya sebagai satu ujian daripada Allah terhadap rumahtangganya. Benarkah begitu? Allahualam... Tepuk dada, tanya selera!

:: BACA GOSIP BBM TERSEBUT ::

No comments: