30 May 2011

ELLY MAZLEIN SELAMAT BERTUNANG...

Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein selamat bertunang dengan pasangannya yang juga pengarah filem Duhai Si Pari Pari, Azmi Hata, 36, duda beranak dua yang bercerai beberapa tahun lalu. Mereka berdua dijangka akan disatukan melalui ikatan perkahwinan pada Februari tahun depan.

Majlis bertambah meriah apabila Elly menaiki kereta kuda ke majlis pertunangannya itu yang berlangsung di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, Kuala Lumpur. Elly telah ditemani ibunya dan pereka pakaian pertunangan Eilla Faizshah dari Busana Cinta.

Elly dan Azmi telah berkenalan sejak 2009 dalam satu pertemuan yang tidak dirancang sebelum mula serius bercinta. Azmi kemudian mengambil keputusan untuk melamar Elly pada Februari lalu.

Kira-kira 100 jemputan yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak hadir dalam majlis yang berkonsepkan ‘menyunting si dara di taman larangan’ itu. Azmi menghantar lima dulang hantaran manakala Elly membalas tujuh dulang seperti kek, manisan dan sirih junjung.


Klik untuk imej besar...






(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

27 May 2011

NIKAH NURUL DI THAILAND SAH..

Mungkin ramai yang masih belum tahu bahawa Penyanyi Nurul AF2 (Akademi Fantasia 2), telah pun berkahwin dengan seorang pensyarah, Mohd Munzil Muhamad di Narathiwat, Thailand, pada 23 Mei lalu. Manakala majlis persandingan mereka dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini (28 Mei).

Namun ketika memberi keterangan di mahkamah mengapa pernikahan tersebut berlangsung di Thailand, Nurul mendakwa ia disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Nurul atau nama sebenarnya Nurullah Abdul Hamid, 29, berkata demikian semasa memberi keterangan pada permohonan Mohd Munzil, 28, untuk mengesahkan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini pada Khamis.

Permohonan tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah dan mereka diwakili oleh peguam-peguam syarie, Mohamad Azlin Mohamad Razali dan Mohammad Fauzi Abdullah.

"Pernikahan itu berlangsung pada 23 Mei lalu. Saya menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 pada majlis yang dilakukan dengan berwalikan seorang lelaki Thailand, Wan Husin Wan Ab Rahman", ujar Nurul dipetik sebagai berkata.

"Saya, suami dan ibu bapa mertuanya masuk ke Narathiwat menerusi Kota Bharu, Kelantan pada hari tersebut dengan menaiki kereta dan terus ke pejabat agama itu untuk mengisi borang pernikahan.

"Bagaimanapun, akad nikah dilakukan di rumah Wan Husin kerana semasa itu adalah hari cuti, iaitu Sabtu. Wan Husin adalah seorang wali bertauliah yang disyorkan oleh majlis agama," katanya lagi.

Pada keterangan lain, Nurul berkata, pernikahan itu diadakan di Thailand kerana timbul masalah wali ekoran keengganan bapa kandungnya, Zawawi untuk menjadi wali.

"Saya ada berjumpa dengan bapa kandung saya, tapi dia tidak mahu menjadi wali. Ini kerana masalah yang berlaku antara bapa dengan keluarga angkat saya sewaktu saya masih kecil," tambahnya.

"Saya dan suami ada mencuba untuk mendapatkan wali hakim daripada Majlis Agama Islam Sarawak, tetapi ia akan mengambil masa yang lama, sedangkan tarikh majlis pernikahan telah ditetapkan berlangsung pada Sabtu ini.

"Selepas perkahwinan itu, jika orang tanya siapa Mohd Munzil, saya akan jawab dia sebagai tunang saya, sebab tidak ramai yang tahu (berkahwin), hanya orang terdekat sahaja.

"Tetapi, dia sebenarnya suami saya. Selepas berkahwin saya tinggal dengan dia,” katanya.

Selesai mendengar keterangan tersebut, Abdul Halim memutuskan pernikahan tersebut sah di sisi hukum syarak kerana telah memenuhi hukum nikah, walaupun tidak menggunakan wali sebenar ekoran bapa kandung Nurul berada jauh di Kuching, Sarawak.

Beliau kemudian mengarahkan Nurul dan Mohd Munzil mendaftarkan pernikahan tersebut di Pejabat Majlis Agama Islam.

"Saya rasa lebih berdebar dengan kes mahkamah berbanding dengan majlis persandingan Sabtu ini," ujar Nurul ketika diajukan soalan di luar mahkamah.





Nurul ketika bergambar dalam majlis pertunangannya baru-baru ini...




(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

PELAKON IKLAN BERSOSIAL..??

Ini ialah gambar-gambar clubbing yang didakwa melibatkan pelakon iklan yang pernah menyertai rancangan Clever bersama aznil. Namun, myartis tidak dapat mengesahkan kesahihan gambar-gambar tersebut sama ada gambar baru atau lama, termasuk pelakon iklan mana yang dimaksudkan.

Moga ia dapat dijadikan contoh kepada muka-muka baru atau lama dalam industri seni agar tidak terus hanyut di buai mimpi. Populariti dan glamor hanyalah sementara ketika kita masih bernafas dan ia tidak akan kekal selamanya..!!


Klik untuk imej besar...










(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

25 May 2011

ZIZAN NIN RAI PEMINAT...

Aquila Emas Sdn Bhd dan Celeb Nexus Premium Community, sebuah syarikat pengurusan bakat di Malaysia dengan kerjasama Lewre International telah mengadakan majlis ‘Up Close & Personal with Zizan Nin’ baru-baru ini. Majlis istimewa itu bertujuan meraikan peminat Zizan secara peribadi dan telah diadakan di Lewre Concept Store, Mid Valley, Kuala Lumpur.

"Idea untuk mengadakan majlis seumpana ini telah lama diilhamkan oleh pihak pengurusan Aquila Emas memandangkan sepanjang karier Zizan sebagai seorang artis, belum pernah Zizan meraikan para peminatnya secara peribadi, khusus dan istimewa.

“Pada awal tahun 2011, satu pertemuan telah diadakan di antara Zizan serta pengurusan Aquila Emas dan pihak Lewre International. Alhamdulillah, pihak Lewre International bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan dimana Zizan sendiri mahu meraikan para peminatnya dan melayan mereka sebagai tetamu VIP dan bukan sebaliknya”, ulas Pengarah Urusan Aquila Emas, Syarizan Md Isa.

Selain daripada beramah mesra, peminat Zizan turut diberikan percuma 'Lewre Concept Membership Card' dan mendapat tawaran istimewa untuk setiap barangan Lewre yang dibeli pada hari itu berbanding perlu berbelanja minima RM300 untuk memiliki kad tersebut pada hari biasa.

“Inilah kali pertama saya dapat meraikan para peminat saya secara peribadi, khusus dan istimewa. Mereka telah mengikuti dan menyokong karier seni saya sejak sekian lama lagi. Saya amat teruja meraikan mereka sebagai tetamu VIP”, ujar Zizan.

“Jumlah kehadiran yang terhad adalah kerana saya inginkan suasana yang cukup ‘personal’ agar dapat mengenali setiap seorang daripada mereka secara lebih dekat lagi. Oleh itu, pihak Aquila Emas telah menyenarai pendek jemputan melalui saringan yang dibuat terhadap permohonan para peminat saya yang diterima melalui Celeb Nexus Premium Community, Facebook, Twitter dan lain-lain lagi”, tambahnya.









GAMBAR MENARIK YANG LAIN... SILA KLIK..!




Artikel & photos by: Aquila Emas Sdn Bhd


(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

19 May 2011

GAMBAR NIKAH YASSIN & FARAH...

Senyap-senyap... Pelawak dan pelakon Yassin selamat bernikah dengan pasangannya Farah, baru-baru ini. Moga selepas ini, Farah dapat membimbing Yassin menjadi suami yang tidak lagi diselubungi kontroversi dadah dan sebagainya.

Bak kata pepatah... buang yang keruh, ambil yang jernih.!



Klik untuk imej besar...










Photo kredit: Din photography









(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

16 May 2011

PARTI PURPLE BERSAMA ZIANA ZAIN...

Dah lama Kak Ziana kita tak buat parti bagi meraikan rakan rapat dan rakan media. Rasa rindu pula dengan keletah Kak Ziana kita ni yang mudah mesra.

Malah baru-baru ini apabila Kak Ziana kita hadir dalam sebuah parti warna purple, habis riuh-rendah dibuatnya. Lebih menarik, kek yang disediakanpun cukup istimewa..!


Klik untuk imej besar...







(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

11 May 2011

ALIF AF9 PELUK KEKASIH BARU..??

Awalnya, ramai yang menyangka kekasih Alif Af9, masih Salima AF. Namun sebenarnya, antara Alif dan Salima sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi sekarang.

"Memang saya pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Salima. Saya mula kenal dengan dia ketika kami buat show sama-sama pada tahun 2009. Sejak dari situlah hubungan kami mula jadi semakin rapat dan kami terus menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih.

"Namun, hubungan kami hanya dapat kekal bertahan selama setahun lebih dan kami telah pun putus cinta kira-kira empat bulan sebelum saya menjejakkan kaki ke Akademi Fantasia Musim sembilan." jelas Alif dipetik sebagai berkata.

Mengenai gambar mesranya dengan gadis bernama Aishah, peserta AF9 itu mengakui amat senang bersama Aishah kerana sikapnya yang menarik.

"Saya pun tak sangka, begitu cepat pula berjumpa dengan kekasih baru. Mungkin sifat dan sikap yang ada pada kekasih baru saya yang bernama Aishah ini buat saya senang bersama dengannya. Kami juga serasi. Sebab itulah saya rasa kami boleh bersama selamanya. Insya Allah..," tambahnya lagi.


Klik untuk imej besar...




(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

07 May 2011

GAMBAR KAHWIN FAZREN RAFI...

Gambar-gambar perkahwinan Fazren Rafi (Dafi Spa Q)...
Moga berbahagia hingga ke anak cucu.


Klik untuk imej besar...










Photo kredit: Diraf Dias


(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

06 May 2011

TEATER: KAMPUNG SEMUT & TANDA KECIL

Rumah Anak Teater (RAT) dan Jarilima Productions dengan kerjasama rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mempertunjukkan dua pementasan teater kanak-kanak bertajuk KAMPUNG SEMUT & TANDA KECIL. Karya ini merupakan olahan dan diarahkan oleh pengarah muda berbakat, Taiyuddin Bakar dengan Nam Ron sebagai Penasihat.

Teater KAMPUNG SEMUT & TANDA KECIL ini akan dibintangi seramai lebih kurang 20 kanak-kanak berumur 4-16 tahun yang menghadiri bengkel teater kanak-kanak selama dua bulan di LINDA JASMINE STUDIO.

Antara tenaga produksi Teater ini ialah Nam Ron (penasihat), Norzazila Zulkifli & Faisal Mustaffa (penerbit), Taiyuddin Bakar (pengarah) dan Nawfal MZ (penolong pengarah). Pementasan teater ini bakal berlangsung pada hari Khamis, 2 Jun 2011 hingga Ahad 5 Jun 2011, jam 8.30 malam bertempat di Stor Teater DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Menurut produksi teater, Mesej KAMPUNG SEMUT & TANDA KECIL ini adalah Kita semua harus sedar dengan tanda-tanda kemusnahan alam yang berpunca dari kelalaian kita, tindakan segera harus di ambil untuk menyelamatkan alam dari kemusnahan.

Oleh yang demikian, timbul persoalan: Bagaimana sikap buruk manusia yang merosakan alam sekitar akan membawa kepada kemusnahan alam? Sejauh mana manusia bersedia untuk berhadapan dengan kemusnahan alam secara total? Apa langkah-langkah diambil oleh manusia terhadap tanda-tanda yang diisyaratkan oleh alam, sains dan agama?

Konsep persembahan teater ini pula berkonsepkan eksperimen bertemakan alam sekitar dan kemusnahan alam yang berdurasi 30 minit. Selain lakonan persembahan ini juga akan mengekspolitasikan cahaya, bunyi dan visual (multimedia) untuk memberi mood kepada persembahan.


SINOPSIS TANDA KECIL

Persembahan ini cuba untuk mendekati kelompok manusia yang menjalani kehidupan dari hari ke hari tanpa menyedari pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka adalah TANDA kepada kemusnahan alam. Malah ada tindakan yang dilakukan oleh mereka seperti sengaja mencipta TANDA tersebut.

Walaupun alam sudah memberi TANDA tentang keadaannya yang hampir musnah, manusia ini masih lagi tidak mempedulikannya. Mereka terus hidup dengan nafsu yang makin membesar untuk memenuhi tuntutan hidup. Akhirnya alam musnah dan manusia turut musnah bersamanya.


Klik untuk imej besar...



SINOPSIS KAMPUNG SEMUT

Mengisahkan kehidupan semut di perkampungan mereka. mereka hidup aman dan damai bersama rakan mereka yang lain iaitu kumbang, ulat bulu, rama-rama dan sesumpah. Setiap hujung minggu mereka akan adakan jamuan beramai-ramai bagi meraikan kelahiran baru.

Pada satu minggu mereka tidak dapat membuat jamuan mereka kerana telah dihalang oleh sekumpulan belalang yang jahat. Belalang telah menyekat sumber makanan da...n juga mencuri semua makanan mereka. Semut-semut dan kawan dalam kesedihan. Walau bagaimanapun, mereka ingin berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Setiap orang perlu memberi cadangan. Akhirnya cadangan seekor semut yang bernama Ahmad telah dipersetujui oleh semua serangga, Mereka ingin memerangkap kumpulan belalang dengan meminta tolong labah-labah.

Akhirnya mereka berjaya menangkap kumpulan belalang dan memberi nasihat kepada belalang. Mereka semua hidup bahagia dan dapat membuat upacara jamuan tersebut bagi menyambut kelahiran baru tersebut.

(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

POSING ARTIS BARU YANG MEMALUKAN..?

Masih baru dalam bidang seni tetapi sudah berani pose berahi..!

Demikianlah komen beberapa pihak mengenai pendatang baru dalam dunia lakonan, Nurul Ain Nordin yang didakwa sanggup berbuat begitu untuk membintangi filem Suatu Malam Kubur Berasap. Malah tujuan gambar seperti ini diambil juga amatlah kabur dan memalukan baik bagi empunya diri mahupun penerbit filem itu sendiri.

Oleh yang demikian, sudah sampai masanya masyarakat negara ini menolak aksi melampau seperti ini yang mengeksplotasikan anak-anak gadis bagi melariskan sesuatu produk. Bak kata pepatah: Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali.

Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya - Maksud hadis.


Klik untuk imej besar...




(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011