28 June 2011

MAHARAJA LAWAK - SIAPA LEBIH UNTUNG?

Umum memang sudah sedia maklum siapakah pemenang Maharaja Lawak baru-baru ini. Masing-masing dilihat tersenyum lebar membawa pulang hadiah kemenangan yang berjumlah ratusan ribu ringgit setelah berhempas-pulas bertarung dalam rancangan realiti itu.

Namun persoalannya sekarang, siapa lebih untung? Kita tolak tepi Astro yang sudah pasti mengaut keuntungan berganda hasil undian penonton melalui SMS... yang diketengahkan sekarang ialah antara Sepah, Jozan dan Nabil!

Ikhlasnya... meskipun juara, Sepah hanya mendapat lebih kurang RM116,666 seorang, manakala Naib juara Jozan pula hanya mendapat RM125,000 seorang. Apa yang segelintir daripada kita tidak terfikir, Nabil sebenarnya lebih beruntung apabila mendapat RM150,000 bersih meskipun hanya mendapat tempat ketiga.

Dalam hal ini, gelaran juara kadangkala bukan satu kelebihan dalam sesebuah pertandingan yang memberi imbuhan besar. Malah kejuaraan juga sebenarnya bukan penentu kepada populariti yang berterusan jika kejayaan tersebut tidak dikekalkan dengan usaha keras dan idea yang mantap.

Persoalannya sekarang, realiti apa pula selepas ini yang bakal disajikan oleh Astro untuk mengaut undian SMS? Mungkinkah Maharaja Akademi Fantasia?

Sepah - Juara....


Jozan - Naib Juara


Nabil - ketiga...




(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

BABY JIMMY SHANLEY...

Bumi mana tak ditimpa hujan... lautan mana yang tak bergelora?

Meskipun rumahtangga pengacara Jimmy Shanley sedikit bergolak, namun itu semua tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang. Dan akhirnya pada 24 Jun lalu, Allah mengurniakan seorang bayi perempuan sebagai penghubung kepada kedua-dua pasangan tersebut bagi mengukuhkan lagi silaturahim.

Bayi seberat 2.2 kilogram itu selamat dilahirkan oleh isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy secara pembedahan di Pusat Perubatan Putra (PMC), Sungai Buloh pada pukul 6 petang.

“Setelah isteri saya selesai berpantang di rumah mak mertua saya, saya akan membawa anak kami tinggal bersama-sama saya dan membesarkan dia secara sederhana. Jadi, isteri saya perlu mengikut serta jika dia mahu tinggal bersama-sama anak.

“Saya rasa, itu sahaja cara yang saya perlu lakukan untuk membawa isteri saya pulang kerana saya tidak akan menceraikan isteri saya seperti yang diinginkan olehnya,” kata Jimmy dipetik sebagai berkata.

Harapan kita, moga kelahiran bayi tersebut dapat memberi sinar baru buat mereka... bak kata pepatah, buang yang keruh... ambil yang jernih.


Klik untuk imej besar...




Saat Bahagia Jimmy dan Nursuhaila




(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

21 June 2011

PRODUKSI MAKIN BESAR KEPALA??

Dunia penerbitan filem dan drama tempatan makin berkembang ibarat cendawan tumbuh dewasa ini. Ia bukan sahaja menyemarakkan industri seni, malah memberi pulangan besar pada penerbit, pengarah dan pelakon itu sendiri.

Namun dalam keriuhan jadual yang padat dan kesungguhan produksi-produksi terbabit menyiapkan filem, drama dan produk lain terbitan mereka, terdapat beberapa pihak yang mula tidak senang dengan sikap segelintir produksi yang ada. Dakwa mereka, krew penerbitan ibarat virus atau samseng yang tidak memperdulikan masyarakat sekeliling atau 'ikut suka dia sahaja'.

"Apa yang mereka tahu ialah mahu menyiapkan sesuatu produk tersebut tanpa mengira kesuaian masa dan tempat. Adakalanya sampai habis sesak jalanraya semata-mata mahu memberi ruang kepada krew penerbitan tersebut membuat shooting. Memanglah ada polis trafik yang menjaga... tetapi polis tu tutup jalan untuk beri ruang pada mereka sampai kami terpaksa menunggu lama," ujar seorang pengadu yang enggan namanya disiarkan.

Tambah seorang lagi pengadu, krew penerbitan filem, drama atau yang lain-lain juga sering mungkir janji bila diberi peluang melakukan shooting. Dakwanya, dia mempunyai pengalaman pahit dengan sebuah produksi drama di mana krew-krew mereka gatal tangan menyelongkar pejabat dan menyepahkan bekas makanan serta minuman merata-rata.

"Kita dah beri mereka peluang melakukan penggambaran di pejabat, tapi mereka sesuka hati menyelongkar meja dan menyepahkan bekas makanan dan plastik minuman. Bukan itu sahaja, malah perjanjian untuk membayar kos elektrik yang berjumlah ratusan ringgit juga tidak dibayar hingga kini," ujarnya penuh emosi.

Tinjauan myartis di Lembah Kiara, Taman Tun Doktor Ismail (TTDI), Kuala Lumpur baru-baru ini mendapati sebuah produksi yang mahu melakukan penggambaran di situ telah membuat jalanraya bersebelahan sekolah rendah dan taman perumahan sesak dengan kenderaan. Ini kerana, masa penggambaran yang dipilih amat tidak sesuai iaitu ketika ibu bapa sibuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Lebih teruk, ketika itu juga ramai penduduk TTDI sedang bersenam di Taman berhampiran, manakala krew penerbitan tersebut sibuk pula meletakkan kenderaan besar di dalam Taman dan ditepi-tepi jalan tersebut. Meja makan untuk krew dan pelakon pula diletakkan sesuka hati hingga membuat jalan menjadi sempit untuk kenderaan keluar masuk.

Dalam hal ini, sepatutnya sesebuah produksi haruslah pandai menyesuaikan masa melakukan penggambaran tanpa menimbulkan rasa kurang senang dikalangan orang ramai. Janganlah merasa besar kepala disebabkan ada pihak berkuasa yang membantu menjaga jalanraya hingga merasakan dunia ini anda yang punya. Fikir-fikirkanlah....!!


Klik untuk imej besar...


Sesuka hati buat penggambaran... tak kira masa


Letak kenderaan ikut suka...


Tembuk sekolah juga jadi tempat gosok baju...


Tempat jamu selera - macam buka kedai makan...


Ganggu orang ramai bersenam...


Habis jalanraya jadi sesak...



(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

20 June 2011

GEMPAK, MASHA MILAN LONDOH KAHWIN..!!

Ramai terkejut besar apabila bintang AF3, Marsha Milan Londoh dikatakan melangsungkan perkahwinan secara senyap pada pagi Ahad semalam di FRIM, Kuala Lumpur.

Lebih memelikkan, sebelum ini tiada rakan media yang mendengar berita daripada Marsha tentang perancangannya untuk berkahwin itu. Malah gosip cintanya dengan Mr Z (lelaki Melayu) tidaklah menjurus kepada perkahwinan dalam masa singkat meskipun lelaki itu telah mengenali dan mesra dengan keluarga Masha.


Klik untuk imej besar...

Photo kredit: Afitz Ismail Photos





GAMBAR LAIN DAN CERITA SELANJUTNYA... Klik di sini...



(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

16 June 2011

GAMBAR PERCUTIAN SALIH DAN 4 ISTERI

Percutian Salih Yaacob dan ahli keluarganya ke Beijing berjalan dengan lancar mengikut apa yang dirancang. Meskipun perbelanjaan dianggarkan sekitar RM50,000... namun ia amat berbaloi bagi Salih yang bernikah kali keempat baru-baru ini.

Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tak gitu??


Klik untuk imej besar...














(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

15 June 2011

KAD KAHWIN MIZZ NINA ALA JEPUN...

Jika Zed Zaidi memilih tema Facebook sebagai rekaan kad kahwinnya, kini tiba giliran Mizz Nina dan Noh Hujan pula mengetengahkan rekaan kad kahwin mereka. Apa yang menarik, kad tersebut direka ala kimono, iaitu pakaian traditional orang Jepun.

Difahamkan,mereka berdua akan bernikah pada 1 Julai 2011 ini dengan wang hantaran RM11,000 beserta mas kahwin RM888.88. Moga selepas perkahwinan itu nanti, Mizz Nina dan Noh akan terus sukses dan berubah menjadi artis yang lebih baik... Aminnn...!


Klik untuk imej besar...




(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

10 June 2011

FESTIVAL MUZIK KUALA LUMPUR 2011

KUALA LUMPUR: - Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), YBhg. Dato’ Norliza Rofli hari ini mengumumkan senarai artis yang terlibat dalam pengisian Festival Muzik KL 2011 (FMKL) yang akan berlangsung dari 1 – 3 Julai di Panggung Sari, Istana Budaya, dalam satu sidang media di Borneo Baruk Club (BBC) di sini.

Bagi meneruskan tradisi sejak mula festival ini diadakan bermula pada 1 Julai 2005 yang lalu, FMKL yang masuk tahun ketujuh (7) penganjurannya pada 2011 ini merupakan satu proses penjanaan aktiviti seni muzik yang direncanakan oleh JKKN dan sebagaimana lazimnya menjadi antara sorotan utama bagi pembuka tirai Festival KL. Semenjak penganjurannya pada tahun 2005, FMKL telah berjaya menarik hampir 30,800 orang pengunjung dan peminat seni muzik tanahair dan khususnya peminat dari negara jiran berdekatan.

FMKL 2011 menampilkan pelbagai kelainan yang cuba ditonjolkan untuk 2011 ini. Sebanyak lima (5) pengisian utama bagi festival yang merangkumi Konsert Utama, Konsert Terbuka @Laman Beringin, Pertandingan, Seminar Muzik dan Jualan dan Pameran Produk Muzik.

Pendekatan ke arah penyemarakkan muzik di kalangan generasi muda ditekankan apabila pelbagai ‘genre’ muzik yang bukan sahaja untuk golongan ‘elit’ tetapi pandangan serta minat anak muda menjadi landasan FMKL 2011 kali ini. Berunsurkan muzik untuk semua rakyat, pendekatan melalui pemilihan artis, serta pengisian program jelas mempertaruhkan tujuan tersebut. Persembahan setiap malam pada 1-3 Julai di Konsert Utama yang bertemakan “Kembara Muzik: Klasik ke Kontemporari” bertujuan mengajak khalayak untuk mengembalikan nostalgia muzik klasik dan meraikan muzik kontemporari di pentas berprestij.

Pertaruhan artis veteran hinggalah yang baru menepati tema persembahan muzik klasik ke kontemporari, manakala muzik iringan terdiri dari gabungan pemuzik Malaysian All Stars dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM); Festival Muzik KL mengajak penonton meneroka sejarah perkembangan muzik tanah air dalam satu pengembaraan muzik.

Justeru, penampilan nama-nama besar dalam industri seperti Dato’ M. Daud Kilau, Dato’ Khatijah Ibrahim dan bintang-bintang kontemporari dari generasi muda seperti Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, One Nation Emcees, Aizat, Najwa Mahiaddin, Azlan & the Typewriter dan Suki Low mendapat tempat dalam festival kali ini. Manakala barisan kumpulan indie yang sebahagian besarnya mendapat slot bagi Konsert Terbuka @ Laman Beringin sama ada Konsert “unplugged” atau “indie” terdiri daripada Tilu, Father Father, Fauziah Gambus & Band, House of 5, Ayu Jazzrin, Johnny Comes Lately, Asfar Alias dan Cynosure.

Untuk tema yang dipilih, setiap persembahan akan menampilkan konsep Klasik, Nusantara dan Sejagat dalam satu malam selama tiga malam berturut-berturut.

Pada 1 Julai – Penyanyi jemputan seperti Dato’ Khadijah Ibrahim, Dayang Nurfaizah dan Aizat akan menjadi tetamu istimewa manakala One Nation Emcees akan menguasai pentas pada setiap malam dari 1 hingga 3 Julai. Malam kedua iaitu pada 2 Julai, suasana muzik yang berentak ‘soul’ lebih mewarnai dengan penampilan istimewa Najwa Mahiaddin, Suki OIAM, Dato’ M. Daud Kilau, Bahbola dan One Nation Emcees. Malam Ketiga, 3 Julai pula akan memaparkan irama yang pelbagai sifatnya dengan artis jemputan Jaclyn Victor, Azlan & Typewriter, Dato’ M. Daud Kilau dan Bahbola.

Dengan barisan artis yang terpilih dan muzik iringan dari Malaysian All Stars dan OTM di bawah pimpinan Pengarah Muzik Aubrey Suweto; Festival Muzik KL 2011 pastinya menjanjikan satu kelainan yang mengesankan tahun ini apatah lagi dipersembahkan di pentas berprestij, Panggung Sari.

Festival Muzik 2011 juga bakal menjadi satu medium bagi bakat-bakat baru mengetengahkan diri mereka melalui Konsert Laman Beringin yang menampilkan tema seperti “Bintang IPT”, “Unplugged” dan “ Indie” yang akan dilaksanakan sebelum konsert-konsert utama berlangsung.

Begitu juga bagi slot Pertandingan @Laman Beringin yang membariskan Pertandingan Akustika Gitar Gempaq, Kl Got Talent dan Cabaran Kompang Challenge yang pastinya akan memeriahkan serta memberi impak baru kepada suasana festival di Istana Budaya pastinya.

Manakala slot Seminar Muzik yang berlangsung pada 2 Julai di Auditorium Balai Seni Lukis Negara pula akan menampilkan tokoh-tokoh penceramah dalam bidang muzik seperti En. Fauzi Marzuki – (Bagaimana menghasilkan karya hebat ) En. Norman Abd. Halim (Pemasaran Muzik), En Ong Peng Chu (Muzik dan Masyarakat) dan En Ayob Irahim (Kerjaya Prospek Muzik Tradisional). Yuran Pendaftaran seminar hanya bernilai RM 50 bagi pelajar manakala RM 80 (Orang awam) yang boleh dibayar semasa pendaftaran. Seminar Sehari ini akan bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Wadah (showcase) bagi festival tersebut akan dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur pada 18, 19 dan 25 Jun yang menampilkan beberapa artis yang terlibat dalam festival untuk memberikan sedikit gambaran kepada khalayak tentang Festival Muzik KL dan menyemarakkan Kuala Lumpur sebagai kota seniman dan memelihara muzik yang telah menjadi sebahagian dari budaya masyarakat Malaysia.

JKKN ialah sebuah agensi di bawah KPKK yang menjalankan aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kesenian di Malaysia. FMKL 2011 dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) bersama Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama Istana Budaya dan diUrus Setiakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang Festival Muzik KL melalui laman sesawang rasmi, http://www.klfestival.org.my yang mula beroperasi mulai 1 Jun.


Artikel disediakan oleh:
KASSIM LEE
Uusetia Perhubungan Media
FESTIVAL MUZIK KUALA LUMPUR 2011




Klik untuk imej besar...












(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...