20 November 2013

'MENANGIS' RAHSIA KEJAYAAN TIZ ZAQYAH


Bukan mudah untuk menghayati watak yang diberikan. Jika 'kail panjang sejengkal', pastinya ia tidak akan memberi kesan mendalam pada penonton sekaligus membuat sesebuah drama atau filem itu kurang mendapat sambutan.

Malah hal ini diakui sendiri oleh pelakon Tiz Zaqyah, iaitu Aktres yang mula dikenali menerusi drama bersiri 'Nur Kasih'. Kata Tiz, untuk menghayati watak yang diberi, dia terpaksa menangis hampir setiap hari bagi menjayakan wataknya sebagai Dahlia dalam drama bersiri 'Jodoh Itu Milik Kita' (JIMK).




"Watak Dahlia dalam drama bersiri JIMK menuntut saya untuk banyak bermain emosi. Sewaktu penggambaran, hari-hari saya kena menangis. Saya terharu drama ini mendapat sambutan yang sangat baik," ujar Tiz dipetik sebagai berkata ketika ditemui media di Majlis Tayangan Episod Akhir JIMK di Rasta Taman Tun Dr. Ismail, Damansara, Kuala Lumpur kelmarin.

"Umum tahu JIMK merupakan adaptasi novel judul yang sama nukilan Sara Aisha, jadi jalan cerita JIMK adalah mendalam. Saya juga perlu memikirkan tentang pengikut novel JIMK yang sememangnya sangat meminati novel ini. Jadi saya telah mencuba yang terbaik untuk merealisasikan watak Dahlia ini," tambahnya yang mengakui watak Dahlia yang dipegangnya sangat mencabar.



Terdahulu, menjawab mengenai soal cinta, Tiz menjelaskan hubungannya dengan teman lelaki masih kekal seperti sediakala. Bagaimanapun, untuk menamatkan zaman bujang, dia menyerahkan segalanya pada jodoh.

Untuk info, Tiz baru sahaja pulang dari New York bagi menjalani penggambaran drama bersiri 'Oh My English!'. Selain itu, pada bulan Disember ini Tiz juga bakal menjalani penggambaran bagi drama berjudul 'Chef' terbitan Global Station bersama Aaron Aziz dan aktor popular dari Filipina, Jericho Rosales.



No comments: