14 July 2014

RUJUK KEMBALI : SAYA BERSERAH PADA ALLAH - MUNIR 'PHYNE BALLERZ'



"Saya hanya berserah pada ketentuan Allah... jika ada jodoh, saya sedia rujuk kembali," kata Munir (bekas anggota Phyne Ballerz).

Artikel terdahulu:

Bagi yang belum tahu, Munir baru-baru ini mengaku sudah menceraikan isterinya, Yuhaznimie Yaakob pada 18 Jun 2014. Alasan penceraian adalah sudah tidak sefahaman lagi, dan mereka berdua memfailkan penceraian tersebut di Mahkamah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.





"Untuk pengetahuan, bukan saya yang meminta perpisahan ini, tetapi dia (Yuhaznimie). Ikhlasnya, masih ada perasaan sayang dalam hati ini kerana kami sudah tujuh tahun mendirikan rumah tnagga," tambah Munir ketika ditemui myartis di Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Munir menafikan khabar angin yang mendakwa 'tiada anak' merupakan punca utama perceraian itu. Katanya, walaupun mempunyai anak itu penting, namun mereka tidak pernah membangkitkan isu tersebut.



"Tengoklah selepas ini bagaimana. Kalau ada jodoh adalah... tetapi kalau tiada, mungkin saya akan cari jodoh lain. Namun, saya bukanlah dalam keadaan terdesak untuk berkahwin," ujarnya mengakhiri perbualan.

Untuk rekod, Munir atau nama sebenarnya Abdul Munir Awang sebelum ini berkahwin senyap dengan Yuhaznimie iaitu gadis kelahiran Sarawak pada 19 Ogos 2007. Bagaimanapun, hasil perkahwinan selama hampir tujuh tahun itu, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.





         ________________________


No comments: