14 October 2014

3 GAMBAR BERSOSIAL - ADA PIHAK NAK SABOTAJ KEBAHAGIAAN ERIN MALEK?



Yang lepas biarlah lepas... begitulah penerimaan ikhlas suami Erin Malek, iaitu Farriz Fauzy selepas memperisterikan Erin.

Menurut Farriz, dia tidak terkesan dengan gosip yang sengaja direka untuk menjatuhkan mereka malah menganggap ianya sekadar perkara ringan dan tidak perlu difikirkan terlalu jauh.

Kata-kata ikhlas itu diluahkan Farriz ketika mereka didakwa melakukan benda-benda yang tidak senonoh di depan orang ramai. Dan terbaru selepas nikah pula... ada gambar Erin yang tersebar di laman Oh!media yang mendakwa Erin sedang bersosial di Rootz Club Kuala Lumpur.





Kalau mengikut penelitian, kemungkinan gambar-gambar itu sengaja disebarkan demi merosakkan kebahagiaan Erin Malek yang baru sahaja bergelar isteri orang. Bukan apa, mana tahu foto tersebut sekadar salah satu babak lakonan dalam drama?

"Ada orang mendakwa bahawa kami melakukan perkara yang tidak senonoh di depan khalayak ramai. Bagi saya benda itu semua tidak benar, disebabkan gosip-gosip yang sebegitu saya perlu pula menjelaskan kepada ahli keluarga yang tidak biasa dengan gosip”

"Jadi saya terangkan, yang kami (Farriz dan Erin) tidak bodoh untuk melakukan benda-benda yang tidak senonoh di depan orang ramai,“ ujar mereka baru-baru ini.

Biasalah tu... mulut orang. Harapan kita agar mereka berdua bersabar dan terus tabah mengharungi bahtera perkahwinan.






         ________________________




No comments: