27 August 2015

SELAMAT BERSALIN - JACLYN VICTOR TIMANG 'BABY BOY'



Pada Isnin lalu, Jaclyn Victor telah selamat melahirkan seorang anak lelaki seberat 3.48 kilogram.

Berita gembira tersebut disampaikan oleh Jaclyn menerusi laman IGnya dan rata-rata peminatnya turut sama berkongsi perasaan gembira.





"Saya dan suami sangat gembira untuk mengumumkan kelahirannya. Saya dan bayi dalam keadaan sihat. Terima kasih atas ucapan dan doa semua untuk bayi kami. Bayi kami selamat dilahirkan pada 24 Ogos lalu dengan berat 3.48 kilogram namun masih memikirkan nama sesuai untuknya," ujar Jaclyn dipetik sebagai berkata.

Tahniah kami ucapkan buat Jaclyn dan suaminya, Shawn Rivera.





         ________________________




No comments: