27 September 2016

LEPAS ISU SKANDAL, ADEL AKUI TAK SENGAJA SEBUT 'TOTO'



Bagi orang semenanjung, perkataan 'toto' mungkin tidak memberi makna besar melainkan bermakna 'selimut toto' atau 'nombor ramalan toto'.

Namun di Sabah, sebutan 'toto' dikatakan satu perkataan kurang sopan bagi masyarakat Kadazan Dusun yang membawa maksud 'alat sulit' wanita.

Sehubungan itu, penyanyi yang lahir melalui program Akademi Fantasia 2014, Adel, 23, tidak menyangka aksinya melatah perkataan tersebut menjadi viral ketika menjadi artis undangan program Hlive, semalam.





Adel atau nama penuhnya Adeline Joyce Masidah terkejut apabila video berkenaan menarik perhatian ramai penduduk Sabah sehinggakan dikongsi beribu orang dalam tempoh beberapa jam.

Dalam sedutan video wawancara bersama pengacara program itu, Adel secara tidak sengaja telah menyebut perkataan 'toto'.

"Saya memang melatah dan kebetulan terkeluar perkataan berkenaan yang dianggap lucah di Sabah. Namun saya tidak sengaja, bukan bertujuan mahu menyebutnya, berlaku secara spontan.



"Ramai menghantar mesej kepada saya mengenai video ini. Mereka rasa ia lucu.

"Namun, saya mohon maaf dengan keterlanjuran saya yang tidak disengajakan itu," ujarnya dipetik sebagai berkata melalui Harian Metro.

Untuk info, ini bukan kali pertama Adel dilanda kontroversi begini. Pada awal 2016, Adel mengejutkan ramai pihak apabila didakwa hangat BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG hingga menyebabkan rumah tangga lelaki tersebut runtuh.



         ________________________





No comments: