Tahniah diucapkan kepada pelakon filem 'Muallaf', Sharifah Aleysha Syed Zainal Rashid, 24, yang telah sah bergelar isteri kepada pasangannya, Ali Al Asri Adenan kelmarin dengan sekali lafaz.

Pasangan tersebut diijabkabulkan di Masjid Al Mukarammah, Bandar Sri Damansara, dalam satu majlis yang hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.
Sharifah Aleya, Sharifah Amani dan Sharifah Aryana yang juga merupakan anak-anak kepada bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia, Fatimah Abu Bakar itu berkongsi beberapa foto menarik usai majlis pernikahan Sharifah Aleysha.
Klik untuk gambar besar

Foto-foto itu dikongsi oleh mereka menerusi akaun Instagram masing-masing berserta hashtag #AliSha dan #awangputihclan.
Rata-rata fotonya yang dikongsi itu mendapat ucapan tahniah dan pujian oleh peminat yang menyukai majlis ringkas pernikahan tersebut.











www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________

No comments:
Post a Comment