28 November 2017

AKRAB DENGAN ERRA - LAUDYA ANGGAP SEPERTI KAKAK SENDIRI


Hubungan baik antara Erra Fazira dengan bekas suami, Engku Emran turut juga menjadi perhatian sepertimana pasangan Norman Hakim dan Abby Abadi biarpun sudah berpisah.





Malah kegembiraan mereka turut terserlah ketika meluangkan masa bersama ditemani isteri baru Emran, Laudya Cynthia Bella.

"Masyallah, mereka suka? Alhamdulillah saya memang sangat menjaga hubungan silaturahim ini. Lagipun, saya pula tiada teman yang ramai disini.

"Hubungan kami bagai adik dan kakak. Lagipun Erra adalah emak Aleesya dan dia juga memanggil saya Bunda.

"Alhamdulillah saya bersyukur kerana saya punya teman untuk saling berkongsi cerita. Itu yang membuat kami semakin rapat.

Klik untuk gambar besar


"Saya sedar Erra pelakon terkenal bahkan saya ada menjadikannya rujukan. Tapi hubungan kami lebih bersifat peribadi bukan kerjaya," tutur Bella.

Bukan senang mahu menjaga hubungan seumpama ini malah ramai yang memuji pasangan ini kerana kagum dengan keakraban mereka.

Kalau lihat di media sosial, masing-masing tidak keberatan berkongsi gambar bersama, apalagi berkongsi kasih sayang anak, Engku Alessya.

Apapun, memang suka tengok gambar mereka luang masa bersama. Nampak kebahagiaan mereka walaupun masing-masing sudah membawa haluan masing-masing. Semoga mereka terus bahagia dengan silaturahim sekarang.












www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: