28 November 2017

SELAMAT DILAHIRKAN - ALIFF SYUKRI & ISTERI TIMANG ANAK ANGKAT LAGI


Sekitar awal bulan September lalu, usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida telah mengambil anak angkat perempuan yang diberi nama Amena Aliff Syukri.





Walaupun baru sahaja mengambil anak angkat perempuan, namun seperti yang semua tahu yang Aliff Syukri ada memasang niat untuk mengambil anak angkat ke-2 selepas ini.

Menerusi laman Instagram sebelum ini, Aliff Syukri ada berkongsi sekeping gambar dengan kapsyen keputusannya anak angkat ke-2 dan sebuah video bertemu ibu angkat kepada bayi yang dijaganya itu.

Terkini, bayi tersebut telah selamat dilahirkan di sebuah hospital bersalin di Kota Damansara semalam.

Berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh isteri Aliff Syukri melalui laman Isntagram miliknya dengan kapsyen yang sungguh teruja.

Klik untuk gambar besar


Menurut isteri Aliff, jantina bayi tersebut adalah lelaki dan dirinya terlalu teruja dan meminta pengikutnya untuk doakan mereka sekeluarga dapat menjaga anak-anak ini sebaik yang mungkin.

Seperti biasa, walaupun perkongsian ini baru sahaj dimuatnaik dalam masa dua jam, ia telah mendapat perhatian ramai sehinggakan isteri kepada pengasas kosmetik ini dihujani dengan ucapan tahniah.

Selain ucapan tahniah, ramai juga yang memuji tindakan murni pasangan ini yang sentiasa membela bayi sekecil seperti ini.

Tahniah kami ucapkan dan semoga dengan adanya dua bayi ini dalam keluarga Aliff Syukri, mereka sekeluarga akan lebih bahagia dan bergembira.












www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: