14 November 2017

BAGASI HILANG - SYAMEL AKUI DIGODA 'AMOI', MAHU IKUT BALIK HOTEL


"Terkejut juga apabila digoda oleh kru produksi dan dia berani memberitahu mahu mengikut saya balik ke hotel. Ingatkan dia bergurau tetapi apabila tengok seperti lain sahaja saya pun jadi takut," dedah penyanyi Syamel mengenai dirinya yang digoda 'amoi'.





Menurut Syamel, dia pada awalnya menyangka wanita itu bergurau namun merasakan ada sesuatu tidak kena apabila beberapa kali wanita itu mengulangi hajat untuk mengikutnya pulang.

Kehadiran bekas juara program Akademi Fantasia 2015 (AF2015) mewakili Malaysia pada festival muzik ABU TV song Festival 2017 yang diadakan di Chengdu, China pada 1 November lalu rupa-rupanya meninggalkan banyak memori pahit dan manis buat dirinya.

Bagaimanapun kata Syamel, dia menolak secara baik permintaan wanita itu kerana sedar pemergiannya ke China bukan untuk menimbulkan masalah selain tidak tahu niat sebenar wanita itu.

"Sudah tentu saya tolak secara baik permintaannya itu dan saya ke China bukannya hendak buat perkara bukan-bukan," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, cerita Syamel lagi, kisah malangnya bermula ketika dia dalam perjalanan ke China apabila bagasinya 'hilang' sehingga menyebabkan dia tidak mempunyai pakaian bersih untuk dipakai selama tiga hari.

"Bayangkanlah beg hilang! Apa yang saya hendak pakai? Mujur juga saya bawa beg galas yang saya simpan barangan penting selain tiga helai seluar dalam.

"Paling penting bahagian 'dalam' dapat ditukar tetapi memang masalah juga kerana semua baju penting dalam bagasi.

"Walaupun pelbagai pengalaman pahit berlaku tetapi saya anggap ia sebagai cabaran dan memori untuk saya kenang di kemudian hari," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: