27 May 2018

'TEGURAN' BUAT NURUL IZZAH - FBI AKUI TEKNIKAL PUNCA GAGAL SEKAT


"Faktor teknikal menyebabkan saya tidak dengar butiran pemanggil itu. Saya cuba matikan panggilan selepas dia membuat teguran namun dalam keadaan panik itu, dia sempat memberi kata-kata tidak sepatutnya.





"Apabila saya mendengar semula playback, baru saya perasan kata-kata tersebut sangat tidak wajar," ujar penyampai radio Faizal Ismail atau FBI ketika diminta mengulas teguran 'panas' seorang pemanggil yang dikenali Azrul.

Faizal menjelaskan faktor teknikal menjadi penyebab pemanggil bernama Azrul terlepas memberi komen tidak sepatutnya kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, FB Nurul Izzah.

Beliau yang mengendalikan temubual itu berkata, kegagalannya mendengar dengan jelas apa yang dikatakan oleh pemanggil itu turut menyebabkan dia gagal memberi respons bagi menamatkan panggilan berkenaan.

Pada 22 Mei lalu, lelaki berkenaan bertanya soalan yang tidak wajar kepada pemimpin muda Pakatan Harapan itu ketika menjadi tetamu FBI Live yang dikendalikan Faizal dan Fara Fauzana.

Klik untuk gambar besar


Azrul menghubungi FBI Live semata-mata ingin menegur tudung Nurul Izzah yang terselak sehingga menampakkan bentuk buah dadanya. Malah, Azrul menceritakan setiap butiran dengan lebih terperinci.

"Lepas ini YB kena berhati-hati sikit sebab kadang-kadang YB pakai tudung kan, tudung YB kadang-kadang terselak tau dan kadang-kadang nampak part yang tak sepatutnya lah. Pasal hari tu saya nampak baju dalam semua, nampak buah dada," kata lelaki berkenaan.

Sejak Jumaat lagi, netizen terus mengecam Azrul susulan tegurannya mengenai cara berpakaian Nurul Izzah yang tidak disenanginya termasuk menyebut perkataan kurang manis.

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan lelaki itu sangat tidak sopan dan menjatuhkan maruah Nurul Izzah.

Sementara itu, Faizal berkata, dia meminta maaf kepada Nurul Izzah sejurus menyedari perkara itu.



"Saya lihat riak wajah Nurul Izzah juga berubah dan saya minta maaf dengan dia kerana tidak dapat mengawal situasi yang berlaku itu.

"Tujuan kami sebenar hanya untuk beri peluang kepada orang ramai yang mengundi bercakap dan bertanyakan soalan terus kepada beliau.

"Tindakan Azrul itu memang dengan tujuan yang tidak baik dan ada agenda tertentu," katanya yang turut menjadi perkara tersebut sebagai pengajaran buatnya dan berharap isu tersebut tidak berlarutan.

Dalam masa sama, katanya, dia juga berjanji untuk memastikan langkah berjaga-jaga akan diambil pada temuramah akan datang terutama melibatkan ahli politik.



"Ini satu pengajaran kepada pihak kami di FBI live dan saya juga mengharapkan agar isu ini tidak berlarutan kerana hanya seorang pemanggil yang mungkin ada agenda tertentu.

"Majoriti yang menonton live pada masa itu masih lagi mereka yang menghargai kehadiran YB sebagai tetamu yang beraksi sebagai manusia biasa di konti rumah kami," tuturnya.

Faizal pada kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Nurul Izzah yang tenang dan menghadapi isu ini dengan baik.

"Saya berterima kasih kepada YB Nurul Izzah yang tenang dan menghadapi isu ini dengan baik. Malah beliau turut menekankan hikmah ia berlaku dan betapa masih ada golongan seperti ini dalam masyarakat kita yang perlu ditangani sebaiknya," ujar Faizal.

Tiada masalah untuk menegur seseorang asalkan dilakukan dengan cara yang lebih berhemah. Agak memalukan mendengar setiap kata-kata lelaki tersebut kepada Nurul Izzah.








www.myartis.com / Sumber: mStar & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: