19 June 2018
RAMBUT SCHA DIKUTUK - AWAL ASHAARI TAMPIL TEGUR
Gaya rambut pelakon dan pengacara Scha Alyahya di Syawal pertama telah menerima kritikan serta tohmahan apabila ada yang mengatakan gaya tersebut seperti orang baru bangun tidur, orang gila dan pelbagai lagi.
Bagaimanapun, dengan pelbagai kutukan yang dilemparkan, suami kepada Scha iaitu Awal Ashaari telah tampil dengan tenang membalas komen-komen negatif itu dengan penjelasan panjang lebar.
Kata Awal, tiada apa yang salah tentang gaya rambut isterinya itu malah pengacara itu menyifatkan stail itu 'sassy'.
"Guys, chill. Baru bermaaf-maafan korang dah tambah dosa balik cakap macam-macam. It's up to her lah her hair. She's tired of having long hair, dia nak rambut pendek and sassy look, korang cakap macam-macam.
Klik untuk gambar besar
"If it's not something yang you fancy, just keep quite. Yang penting tuan punya kepala suka. I think it's kinda cool.
"Penat stylist datang rumah buat rambut, you all cakap macam orang gilalah, baru lepas mainlah. Gosh, attitude guys.
"If you dont have anything nice to say, just don't say anything at all. I don't think she need that two cents pun. Ok?" tulis Awal.
Ibu kepada Lara Alana itu tampil dengan personaliti lebih fresh dan berani menerusi potongan rambut pendek sejak 21 Mei lalu.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment