25 September 2018

"DAH BOLEH TAMBAH RASANYA" - ISTERI FAD BERI 'GREEN LIGHT'


"Baru dapat rasa nikmat rehat dengan puas yang sebenar. Selepas 10 minggu kitaorang busy dengan Super Spontan. Kadang balik rumah anak-anak semua dah tido. Tak sempat pun nak spend time betul-betul.





"Nasib ada mama abah dengan bibik yang tolong uruskan diorang bila kitaorang tinggalkan kejap dekat rumah. 10 minggu yang berbaloi. Super Spontan ni program yang siapa pun kau, kau ketua kumpulan ke tetap kau boleh tersingkir.

"Tapi kitaorang percaya rezeki tu ada. Mommy selalu pesan kalau tersingkir pun jangan frust. Dah memang adat. Kalau betul rezeki daddy pergi final kita fight, enjoy dan buat betul-betul.

"Kita sejenis tak boleh tengok perfomance dia. Mesti nervous lepastu jadi tak tentu arah kat backstage. Makanya Jumaat haritu dia ditinggalkan dengan PA dia @syah_sopan. Bila time nak umum baru la berani nak tengok. Perasaan tengok daddy jadi juara hanya Allah ja tau.

Klik untuk gambar besar


"Dulu ramai orang cakap kau solo tak boleh pergi jauh. Kita abaikan cakap-cakap orang. Susah senang kita biarlah jadi kenangan kita. InsyaAllah mommy akan terus sokong daddy dari belakang.

"Percayalah rezeki anak-anak ni besar ganjarannya (DAH BOLEH TAMBAH LAGI SATU RASANYA) tahniah daddy. You deserved this tittle.

"Terus menghiburkan orang dengan ikhlas," tulis pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey yang menganggap kemenangan yang diperolehi dalam Super Spontan Xtravaganza (SSX) merupakan rezeki untuk anak-anaknya.



Menerusi entri di Instagram (IG) Fad, isterinya, Nur Syahirah mengakui pengorbanan yang dilakukan selama 10 minggu ini sangat berbaloi apabila suaminya diumumkan sebagai juara SSX.

Rata-rata mengakui kagum dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Fad dan mendoakan agar dia sentiasa dimurahkan rezeki.

Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu si kembar Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang anak perempuan, Nur Aminah Mishall.










www.myartis.com / Sumber: Instagram Fad Bocey


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: