25 September 2018

"DALAM HATI 'KEJAMNYA MEREKA'..." - RINTIHAN RITA RUDAINI


Beberapa tahun lalu, kisah pergolakkan rumah tangga Rita Rudaini dan pemain bola sepak Aidil Zafuan antara yang paling mendapat liputan luas media dan bualan hangat netizen.





Ditambah pula dengan episod Rita turun naik mahkamah demi mempertahankan hak anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Meskipun pelbagai spekulasi dan andaian yang timbul, sehingga hari ini punca sebenar perpisah mereka masih tidak diketahui.

Klik untuk gambar besar


Tidak mampu untuk menjawab setiap persoalan satu persatu, Rita menerusi muatnaik terbaru di akaun Instagramnya meluahkan isi hatinya tentang kisah anak-anaknya yang masih kecil terpaksa hidup tanpa kasih seorang bapa yang tiba-tiba menghilang secara 'kejam'.

Rintihan hati Rita itu cukup menyentuh hati ramai yang turut bersimpati dengan ujian yang dilalui oleh pelakon wanita itu. Rata-rata netizen tidak putus memberikan kata-kata semangat kepada beliau.








www.myartis.com / Sumber: Instagram Rita Rudaini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: