23 November 2018

DIKECAM BERBIKINI : "APAKAH SAJAT MAHU MENCABAR ALLAH" - PU AMIN


Nampaknya nama usahawan kosmetik, Nur Sajat kembali hangat selepas memuatnaik beberapa foto dan video percutiannya ke Lebanon beberapa hari lalu menerusi akaun Instagram yang baru ditukar namanya.





Difahamkan Sajat ke sana untuk menjalani pengambaran bagi produk keluarannya. Bagaimanapun posting terbarunya itu menjadi buah mulut orang ramai terutama sekali fotonya yang mengenakan bikini sambil menikmati pemandangan di atas bot.

Seperti biasa, apa sahaja yang dimuatnaik oleh Sajat pasti akan mengundang kecaman dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen, malah juga dihujani dengan komen berbaur nakal.

Klik untuk gambar besar


Walaupun ramai yang memuji kecantikan dan bentuk badan penyanyi lagu 'Bobo Dimana' ini, tidak kurang juga ada netizen menyatakan jika benar dia seorang wanita Islam, tidak sepatutnya berpakaian sedemikian.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen menyifatkan Sajat tidak mempunyai rasa hormat dan sensiviti kerana memuatnaik gambar tersebut sehari sebelum sambutan Maulidur Rasul.

Sementara itu, PU Amin tidak menyangka usahawan itu sanggup mencemarkan bulan kelahiran Rasulullah, Rabiulawal yang mulia ini dengan memuatnaik video berbikini hijau dan bergelek seksi di luar negara.



"Aku hanya mampu menulis, kalau aku buat video netizen kata aku dakwah kasar tak macam Nabi Saw. Kurang ajar dengan ustaz boleh terima. Tapi kau kurang ajar dengan Allah. Aku tak faham kenapa ramai lagi sokong, beli produk dia.

"Satu persatu azab di perlihatkan tapi masih berdegil dan angkuh. Apakah sajat mahu mencabar Allah?," tulisnya di laman Instagram mengenai video tersebut.

Sebelum ini, PU Amin pernah lantang menegur Sajat berkenaan lagu Bobo Di Mana, namun dipertikaikan oleh usahawan itu hingga mengugut untuk memotong kemaluan pendakwah demi mempertahankan lagu tersebut. (rtky/w)






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: