23 November 2018

"VOKAL DAH TAHAP TINGGI" - ALIFF SYUKRI PELIK RAMAI 'DISLIKE'


Lagu terbaharunya berjudul 'Biar Apa Orang Kata' menerima jumlah dislike (tanda tidak suka) yang tinggi di YouTube itu membuatkan usahawan kosmetik yang juga penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri berasa hairan.





Menurut Aliff, 31, meskipun dia telah mempersembahkan vokal dan nyanyian yang baik dalam lagu tersebut namun masih belum berjaya memikat hati pendengar.

"Ramai yang dislike, nak kata suara saya tak sedap, rasanya vokal saya dah tahap tinggi. Trending nombor satu di Malaysia lagi. Apa pandangan korang tentang lagu ni, tolong respons anda suka atau tak suka," tulisnya di laman Instagramnya.

Lagu 'Biar Apa Orang Kata' merupakan ciptaan komposer Edry Abdul Halim dan telah dimuatnaik di YouTube pada Ahad lalu. MV tersebut menerima hampir 600,000 kali tontonan dan mendapat hampir 26,000 tanda tidak suka serta 18,000 tanda suka.

Dalam video muzik tersebut turut ditampilkan beberapa orang barisan selebriti antaranya Wak Doyok, Forteen, Vicha, Arja Lee, Zoey Rahman, Datuk Ziela Jalil dan Lizza Abdullah.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Aliff berharap lagu tersebut mampu meningkatkan keyakinan diri pendengar kerana mempunyai nilai-nilai positif.

"Saya buat lagu ini khusus kepada mereka yang rasa rendah diri sebab semua orang itu elok tak kira hitam, pendek, gemuk atau putih?," katanya.

Pada pentas akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) Ahad lalu, penyanyi lagu 'Bobo Dimana' dan 'Abang nak Tegur' ini meluahkan perasaan kecewa dengan layanan yang diberikan oleh pihak produksi terhadapnya.

Aliff terkilan apabila beberapa orang rakannya yang menjadi penari dalam MV itu tidak dibenarkan bersama di atas pentas GV bagi mempromosikan lagu baharu tersebut.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: