23 November 2018

FORTEEN: "SECUIT KESALAHAN SEBESAR GAJAH, SANGAT TAK MATANG"


Semua sedia maklum mengenai kemelut yang terjadi antara pelakon dan penyanyi Izzue Islam dengan kumpulan Forteen yang dakwanya 'dipulaukan'.





Namun Forteen mengakui keputusan Izzue untuk menarik diri daripada kumpulan itu adalah disebabkan salah faham yang berlaku dan menafikan 'memulaukannya'.

Ariz yang mewakili ahli kumpulan Forteen yang lain menjelaskan punca sebenar yang terjadi pada Izzue adalah disebabkan salah faham mengenai pemilihan lagu sebelum persembahan di 'Gegar Vaganza Party Road to Finale'.

"Kalau diikutkan lagu dipilih dan dimuktamadkan ialah lagu kami sendiri iaitu 'Linangan Terakhir' dan pada waktu rehearsal kami bertiga ingin mencuba sambil menunggu Izzue sampai dengan menyanyikan lagu medley yang dipernah dinyanyikan oleh group-group yang lepas.

"Lagu-lagu popular yang pernah dinyanyikan oleh kumpulan Elite, Billy Zulkarnain kerana tak salah untuk kami mencuba kerana masa waktu itu sangat panjang lagi kerana baru pukul 6 petang dan show mula pukul 8 malam.

Klik untuk gambar besar


"Jadi masih ada masa untuk kita mencuba kerana tak salah untuk mencuba lagu lain. Ini merupakan show kecil sahaja dan tidak melibatkan pertandingan atau show besar-besar.

"Kita perlu bertolak ansur, bertoleransi dan paling betul adalah persefahaman. Wan ada datang kepada dia dan cakap kitaoang tak lock lagu apa-apa lagi cuma sahaja nak test lagu tersebut. Tapi untuk dia beremosi seperti itu kami anggap dia perlukan masa," kata Forteen.

Dalam pada itu, Forteen juga berharap agar masalah dihadapi mereka ini dapat diselesaikan dengan baik kerana persahabatan yang terjalin diantara mereka selama tujuh tahun itu lebih berharga daripada segalanya.

"Takkan kerana secuit kesalahan ini Izzue nak jadikan ia sebesar gajah. Rasa sangat tak matang Izzue, kita semua dah besar dan tujuh tahun. Apapun kitaorang hormat keputusan Izzue, buat masa sekarang ini kami yakin Izzue perlukan masa dan kami juga.



"Ini adalah satu perkara yang paling mengejutkan yang berlaku pada kami tujuh tahun ini apa pun kita doakan yang terbaik untuk Izzue," ujar Forteen.

Terdahulu, Izzue Islam telah membuat kejutan di karpet merah akhir Gegar Vaganza sebentar tadi apabila membuat pengumuman menarik diri daripada kumpulan Forteen.

Izzue yang ditemu bual secara langsung di siaran GV Live+ memberitahu punca dia menarik diri kerana sudah tidak ada persefahaman.

Pengumuman Izzue itu menarik perhatian peminat-peminat Forteen dan rata-rata mereka terkejut dengan pengumuman yang dilakukan olehnya. Izzue sebelum ini pernah menghasilkan lagu solo berjudul 'Bimbang' dan 'Sahabat'.

Forteen ditubuhkan pada 2011 dan pernah bernaung bawah KRU Music. Antara lagu popular mereka adalah 'Berdua Bersatu', 'Kita dan Dekat Tapi Jauh'. Selepas penguduran Izzue, Forteen kini dianggotai oleh tiga anggota iaitu One, Ameer dan Ariz.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: