19 November 2018

"FITNAH KAMI OK JE... HUTANG SAYA BILA NAK BAYAR" - KOMEN NABIL


"Saya datang untuk menyokong penaja namun di mana kedudukan penaja? Di tapak kaki je...," ujar usahawan kosmetik Dato' Seri Vida dalam sebuah video yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya.





DSV tampil memberikan pandangan tersendiri dalam isu ini dalam kesibukan pengasas produk D'Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan perasaan tentang layanan yang diterima ketika berlangsungnya pentas akhir Gegar Vaganza 5 (GV5) malam semalam.

Dalam video terbaru tersebut, Dato' Seri Vida turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan keadaan yang berlaku selain memberi bayangan yang beliau turut menerima layanan yang sama ketika menjadi penaja.

Klik untuk gambar besar


Bukan itu sahaja, DSV turut mengkritik pengacara program tersebut iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang didakwa tidak menegurnya langsung ketika beliau menghadiri final GV5.

Tidak berdiam diri, Nabil turut meninggalkan komen di video tersebut mengatakan mereka difitnah dalam isu ini dan turut menuntut hutang bayaran yang khabarnya sudah dua tahun tertunggak.

Pelbagai komen dilontarkan buat DSV, Aliff Syukri dan pihak Astro sendiri yang mana masing masing mempunyai pandangan tersendiri tentang isu ini. Nampaknya ada kemungkinan pihak pihak ini tidak akan bekerjasama dalam masa terdekat, kan?







www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Instagram Datuk Seri Vida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: