18 November 2018

SANDING 27 NOVEMBER INI - FAZLEY TAK BERHASRAT JEMPUT IBU MERTUA


"Sebenarnya saya dan isteri berasa segan nak buat majlis ini dan bersanding semula memandangkan kami berdua sudah berusia.





"Tapi selepas berbincang dengan ibu dan dia menyakinkan saya untuk teruskan juga hasrat ini demi arwah bapa saya," kata penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob yang akhirnya mengotakan janjinya sebelum ini untuk bersanding semula dengan isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.

Fazley berkata persandingan itu akan diadakan pada 27 November ini sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13. Difahmakan, persandinganitu akan dihadiri rakan-rakan media dan sahabat terdekat sahaja

Majlis persandingan mereka pada 13 tahun lalu yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berlangsung dalam suasana hiba apabila perkahwinan Fazley dengan Azrene tidak mendapat restu Datin Seri Rosmah Mansor.

Klik untuk gambar besar


Untuk makluman, Azrene adalah anak Rosmah, hasil perkahwinan dengan suami terdahulu iaitu Abdul Aziz Nong Chik.

Dalam pada itu, tambah Fazley, dia tidak berhasrat menjemput ibu mertuanya memandangkan majlis itu bertujuan untuk meraikan rakan media yang tidak dapat membuat liputan majlis persandingan pertamanya.

"Saya tidak menjemput beliau sebab majlis ini hanya diadakan untuk meraikan tetamu VIP iaitu rakan media. Majlis itu juga untuk memberi kenangan baru kepada mereka dan keluarga saya," jelasnya.



Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Asmara' Ini memberitahu dia memilih konsep tradisional untuk majlis persandingannya.

Kata Fazley, anak-anaknya turut berasa teruja dan ingin memberi kejutan dengan membuat persembahan istimewa untuk dia dan isteri.

"Untuk majlis persandingan ini, saya pilih konsep tradisional. Memang ada pelamin tapi tidaklah bersanding lama. Hanya majlis santai-santai sahaja.

"Tapi anak-anak teruja dan mereka mahu melakukan persembahan tapi katanya kejutan untuk kami," ujarnya yang dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan, hasil perkahwinan dengan Azrene


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: