18 November 2018
TANGGUH SEBAB KERJA - ISMAIL JALANI PEMBEDAHAN JANUARI DEPAN
Sanggup berdepan risiko apabila menangguhkan pembedahan tonsil yang sepatutnya dilakukan segera, penyanyi remaja Ismail Izzani memberitahu keputusan itu dibuat kerana terikat dengan komitmen kerja yang sudah dipersetujui terlebih awal.
"Selagi tidak menjalani pembedahan, saya akan mengalami masalah yang sama, terutama demam setiap bulan. Cuma, kebelakangan ini, saya kurang berdepan masalah kesihatan kerana sentiasa makan ubat, selain mengikut nasihat doktor supaya menjaga pemakanan.
"Selepas pembedahan, saya terpaksa berehat selama tiga bulan, sedangkan ketika ini banyak program menanti. Jadi, saya ambil keputusan melakukannya pada Januari depan," katanya yang popular dengan lagu 'Luar Biasa'.
Bukan saja terpaksa menangguhkan pembedahan, penyanyi berusia 18 tahun ini turut menunda hasrat menyambung pelajaran kerana komitmennya itu.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu Ismail bersama 10 penyanyi lain beraksi pada peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-33 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam tadi.
Anak kepada penyanyi Datin Suliza Salam ini mempertaruhkan lagu, 'Demi Kita' hasil ciptaan bersama Omar K, Ezra Kong dan Adib Hamdi.
Persaingan minggu kedua itu menyaksikan lagu nyanyian Ara Johari, 'Bunga' ciptaan Hand Nadim, Laq dan Kadok diangkat sebagai Lagu Terbaik.
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment