18 November 2018

"SAYA HARAP AZREL BERSABAR & TAK TERBURU-BURU" - RUHAINIES


Mengenali pelakon Azrel Ismail sejak tiga tahun lalu, pelakon Ruhainies akur antara mereka lebih serasi sebagai sahabat dan berpesan kepada bekas kekasihnya itu tidak terburu-buru dalam soal mencari pasangan hidup.





Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas yakin, Azrel pasti bertemu gadis terbaik yang akan membahagiakannya hingga akhir hayat.

"Dalam hidup ini, tidak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Begitu juga dalam hal membabitkan hati dan perasaan. Biarpun nanti kami mempunyai haluan hidup masing-masing, saya harap kami akan terus bersahabat. Itu yang saya harapkan.

"Sepanjang mengenalinya, Azrel begitu menyenangkan. Saya harap dia bersabar dan tidak terburu-buru dalam soal hati. Saya beruntung memiliki kawan yang baik sepertinya. Azrel ramai peminat, malah sikapnya itu memang akan membuatkan wanita mudah 'cair'.

Klik untuk gambar besar


"Dalam bekerja, dia sangat profesional. Pergilah bertanya mana-mana produksi, pasti mereka akan menceritakan banyak perkara positif mengenai Azrel," katanya yang memberitahu Azrel memiliki keperibadian yang pasti membuatkan ramai selesa mendekatinya.

Ruhainies yang kini menjalin cinta dengan ahli perniagaan yang menetap di London, Mr E berkata, mereka tiada masalah untuk terus bekerjasama.

Selepas digandingkan dalam drama 'Menantu Tintong', beberapa tahun lalu, mereka kembali dipertemukan dalam telefilem 'Salam Manis' yang turut menampilkan kakaknya, Risteena Munim dan Jasmin Hamid.

"Ketika di lokasi penggambaran, kami mengutamakan soal kerja. Hal peribadi kami letak ke tepi. Azrel faham dan tidak pernah bertanya mengenai urusan peribadi saya," ujarnya yang kini sibuk menjalani penggambaran program travelog, 'Secawan Kopi' terbitan Zeel Production di Indonesia.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: