04 January 2019

ISU NOTIS TUNTUTAN 'DON' - LINDA RAFAR PELIK, ENGGAN KOMEN


Mengenai notis permohonan maaf kepada seorang jururawat yang tular di media sosial sejak baru-baru ini, penyanyi Linda Rafar ketika dihubungi berkata, dia dinasihati peguamnya dan pihak polis supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.





"Pelik, surat peguam belum sampai ke tangan saya tetapi sudah ditularkan. Buat masa ini, saya tidak mahu komen apa-apa atas nasihat peguam dan pihak berkuasa. Harap faham dan doakan yang terbaik untuk saya," katanya.

Terdahulu, Linda Rafar diberi tempoh tujuh hari untuk memohon maaf di atas satu tangkap layar yang mengundang persepsi negatif ke atas seorang jururawat yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, Linda meluahkan rasa kecewa terhadap layanan buruk diberikan sekumpulan jururawat di hospital di Shah Alam tempat ibunya, Rasimah Abd Rahman, 73, dirawat.

Linda berkata, permintaan untuk membantu menukar cadar ibunya yang terkena najis tidak diendahkan dari jam 3 pagi hingga 1.30 petang pada minggu lalu.

Status yang dimuatnaik di Instagram Story miliknya itu tular hingga mendapat pelbagai maklum balas pengikut serta Kementerian Kesihatan.










www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: